MAKLUMAN

Senarai Keputusan Pemilihan Jawatankuasa KEPTAN Cawangan Temerloh Bagi Sesi 2016 - 2018.' '' '' ' Pengerusi: En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (SMK Temerloh) Timbalan Pengerusi: En. Ideris bin Jalor (SMK Seri Semantan) Naib Pengerusi Lelaki: En. Mohamad Sabri bin Haji Yusof (SJK (T) Ladang Bee Yong) Naib Pengerusi Wanita: Pn. Sauyah binti Md Sood (SJK (C) Mentakab 1) Setiausaha: Pn. Mahirah binti Mohd Ayub (Kolej Vokasional Temerloh) Penolong Setiausaha: Pn. Dahlya binti Duhim (SK Bolok) Bendahari: Pn. Noor Lizah binti Yusof (SMK Kerdau) Ahli Jawatankuasa: 1. En. Amin Adabi bin Sulaiman (Pej. Pend. Daerah Temerloh) 2. Pn. Zakiah binti Sallam (SK Bandar Mentakab) 3. Pn. Mazni binti Abdul Aziz (SK Abu Bakar) 4. Pn. Norazizah binti Mohd Aziz (SMK Abu Bakar) 5. En. Abdul Hassan bin Shuada (SK Kuala Kaung)' '' '' ' 5 orang Perwakilan yang akan mewakili KEPTAN Cawangan Temerloh ke Persidangan KEPTAN Semenanjung Malaysia 2017. 1. En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (SMK Temerloh) 2. Pn. Sauyah binti Md Sood (SJK (C) Mentakab 1) 3. Pn. Dahlya binti Duhim (SK Bolok) 4. Pn. Zakiah binti Sallam (SK Bandar Mentakab) 5. Pn. Mazni binti Abdul Aziz (SK Abu Bakar)

Sunday, November 1, 2015

TANGGAGAJI BERDASARKAN KELULUSAN AKADEMIK



Selaras dengan hasrat kerajaan yang menyasarkan peningkatan kelayakan guru ke peringkat ijazah sarjana muda, melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 40 Tahun 2013, kerajaan telah bersetuju untuk menggabungkan skim perkhidmatan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah dan lepasan diploma di dalam satu skim bersepadu iaitu pegawai perkhidmatan pendidikan.


Berhubung kait perkara di atas, kita dapat lihat jika sebelum ini gred jawatan DG terbahagi kepada dua iaitu DG bagi yang lepasan siswazah manakala DGA bagi lepasan diploma.  Dengan penggabunggan ini semua semua skim telah disepadukan menjadi satu sahaja iaitu DG.  Di dalam penggabunggan itu, tidak banyak perubahan yang dilaksanakan dengan hanya mengekalkan skim yang sedia ada.


Salah satu yang menarik perhatian saya ialah dimana guru yang telah Berjaya mendapatkan ijazah di dalam perkhidmatan akan dinaikkan pangkat kepada gerd DG42.  Mereka tidak perlu lagi menjalani urusan-urusan pelantikan baharu sebagaimana yang disyaratkan oleh kerajaan bagi mendapatkan gred DG41.  Ini merupakan salah satu kelebihan yang didapati oleh mereka kerana gred 42 ini adalah sama seperti 41.


Menyedari hal ini, saya tertarik untuk menyorot perhatian kita kepada kumpulan sokongan yang juga berada dan bekerja sama dalam jabatan di sekolah yang digelar sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17.  Walaupun kerajaan masih tidak mempunyai sasaran untuk meningkatkan kelayakan pembantu tadbir, namun kita semua menyedari dan KEPTAN juga telah mendapatkan input dimana pada ketika ini kebanyakan pembantu tadbir telah ramai yang memegang sijil pendidikan yang tinggi seperti STPM, Sijil Perakaunan, Diploma malah Ijazah Sarjana Muda juga samada sebelum menjawat jawatan mahupun selepas menjawat jawatan hasil dari menyahut seruan kerajaan dalam pembelajaran secara berterusan.


Sehubungan dengan perkara ini, KEPTAN telah menyediakan kertas cadangan untuk menaik taraf skim ini dengan salah satu justifikasi cadangannya ialah seperti yang diperkatakan di atas.  Pada pandangan saya kerajaan tidak seharusnya melepas pandang terhadap skim ini tatkala ketika ini kerajaan juga tahu bahawa ramai mahasiswa yang telah menamatkan pengajian mereka dengan terpaksa mengisi permohonan sebagai kerani walaupun mereka adalah pemegang ijazah disebabkan kesusahan untuk mendapatkan pekerjaan ini.


Pertamanya skim ini adalah menggunakan syarat kelayakan masuk pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia sahaja.  Maka mungkin disebabkan ini, kerajaan agak susah untuk menaik taraf / memberikan kadar gaji mengikut kelayakan akademik kepada pemohon yang berjaya yang mempunyai kelayakan lebih tinggi dari SPM.


Keduanya, jika kerajaan benar-benar prihatin serta berpegang kepada seruan pembelajaran secara berterusan, seharusnya kerajaan sudah mengjangkakan bahawa akan ramai penjawat awam yang memegang taraf pendidikan yang tinggi dan sepatutnya kerajaan sudah mempunyai rancangan dan kaedah untuk memberikan penghargaan kepada golongan ini yang sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit sendiri untuk memajukan kerjaya mereka.
Tidak seperti guru yang apabila mereka menyambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi, kerajaan telah menyediakan peruntukan untuk yuran-yuran mereka dan telah dijanjikan kenaikan pangkat seandainya telah tamat, golongan kerani pula berhempas pulas mencari dana sendiri untuk menyambung pengajian.


Ketiganya, kerana saingan dari mahasiswa yang terpaksa memohon jawatan kelayakan SPM ini, telah mengurangkan peluang mereka yang hanya mempunyai sijil pendidikan SPM.  Contohnya, mereka yang mempunyai SPM dan Diploma dan Ijazah dengan mudah dapat memohon mana-mana sahaja jawatan yang bertaraf SPM, Diploma dan Ijazah kerana mereka memiliki semuanya.  Selain dari pendedahan dan pembelajaran yang didapati di universiti, mereka ini akan mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan kerja hatta kerani.  Justeru itu, saya berharap kerajaan dapat melihat semula perkara ini dan jika boleh menyediakan kuota pengambilan bagi mereka yang benar-benar ada SPM dan mahasiswa yang mempunyai pelbagai kelulusan.  Seharusnya kuota besar diperuntukkan kepada yang benar-benar ada SPM bagi membantu mereka mendapatkan kerja sesuai dengan tahap pendidikan mereka.


Seperti yang ahli-ahli KEPTAN semua tahu, KEPTAN telah pun memohon kepada kerajaan untuk memberikan tangga gaji yang sesuai kepada pembantu tadbir mengikut kelulusan akademik pembantu tadbir tersebut.  Saya sangat bersetuju dengan cadangan ini.  Dengan tugasan pembantu tadbir yang rencam kini, seharusnya kerajaan menghargai sedikit pengorbanan pembantu tadbir walaupun sehingga kini masih tiada berita gembira berkaitan perkara ini.


Sebagai seorang ahli biasa KEPTAN, saya tidak tahu apakah permintaan yang dibuat oleh KEPTAN ini hanya pada tangga gaji ataupun merangkumi juga pada elaun-elaun.  Namun saya berharap ianya merangkumi tangga gaji dan elaun-elaun.  Dan seandainya kerajaan tidak dapat meluluskan permintaan ini disebabkan akan melibatkan implikasi kewangan yang besar, ingin saya nyatakan bahawa perkara yang sama juga berlaku ketika meluluskan kenaikan pangkat guru kepada gred 42.


Jika kerajaan masih tidak dapat meluluskan keseluruhan permintaan tersebut, pada pendapat peribadi saya, saya berharap setidak-tidaknya kerajaan dapat meluluskan sebahagian dari permintaan ini.  Untuk mengurangkan implikasi kewangan yang besar, mungkin boleh diluluskan pembantu tadbir yang mempunyai kelulusan akademik dibayar pada tangga gaji gred yang sesuai dengan kelulusan akademik.  Contohnya mereka yang mempunyai ijazah sarjana muda kepujian, mungkin boleh dibayar pada kadar RM 2222.94.  Manakala elaun-elaun lain masih kekal pada skim semasa, contoh: Ali baru menjawat jawatan pembantu tadbir n17 dan mempunyai kelulusan ijazah, maka Ali diberikan gaji pokok pada kadar RM 2222.94 manakala ITP pada kadar RM 180.00, ITKA pada kadar RM 115.00 dan BSH pada kadar RM 250.00.  Justeru kenaikan gaji tahunan Ali masih kekal pada kadar RM 95.00. 


Setidak-tidaknya mungkin ini boleh mengurangkan rasa ketidakpuasan hati pihak lain yang bergred 41 dan melaksanakan kerja-kerja 41.  Maksudnya dengan kaedah ini akan menampakkan sedikit perbezaan antara 41 dan 17 yang mempunyai kelulusan yang sama.  Jika 17 diberikan tanggagaji dan elaun-elaun 41, mungkin 41 akan merasa kurang berpuas hati kerana bidang tugas yang berbeza tetapi kadar gaji yang sama.  Jika saya di tempat 41, mungkin juga akan berperasaan demikian.


Justeru besarlah harapan saya agar permintaan KEPTAN berkait perkara yang dinyatakan di atas dapat diberikan perhatian yang serius oleh pihak kerajaan bagi menunjukkan keprihatinan dan layanan yang sama rata kerajaan kepada kumpulan sokongan juga.  Sesungguhnya kumpulan sokongan juga memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam sesebuah organisasi.


Sekian, terima kasih.