MAKLUMAN

Senarai Keputusan Pemilihan Jawatankuasa KEPTAN Cawangan Temerloh Bagi Sesi 2016 - 2018.' '' '' ' Pengerusi: En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (SMK Temerloh) Timbalan Pengerusi: En. Ideris bin Jalor (SMK Seri Semantan) Naib Pengerusi Lelaki: En. Mohamad Sabri bin Haji Yusof (SJK (T) Ladang Bee Yong) Naib Pengerusi Wanita: Pn. Sauyah binti Md Sood (SJK (C) Mentakab 1) Setiausaha: Pn. Mahirah binti Mohd Ayub (Kolej Vokasional Temerloh) Penolong Setiausaha: Pn. Dahlya binti Duhim (SK Bolok) Bendahari: Pn. Noor Lizah binti Yusof (SMK Kerdau) Ahli Jawatankuasa: 1. En. Amin Adabi bin Sulaiman (Pej. Pend. Daerah Temerloh) 2. Pn. Zakiah binti Sallam (SK Bandar Mentakab) 3. Pn. Mazni binti Abdul Aziz (SK Abu Bakar) 4. Pn. Norazizah binti Mohd Aziz (SMK Abu Bakar) 5. En. Abdul Hassan bin Shuada (SK Kuala Kaung)' '' '' ' 5 orang Perwakilan yang akan mewakili KEPTAN Cawangan Temerloh ke Persidangan KEPTAN Semenanjung Malaysia 2017. 1. En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (SMK Temerloh) 2. Pn. Sauyah binti Md Sood (SJK (C) Mentakab 1) 3. Pn. Dahlya binti Duhim (SK Bolok) 4. Pn. Zakiah binti Sallam (SK Bandar Mentakab) 5. Pn. Mazni binti Abdul Aziz (SK Abu Bakar)

Monday, November 2, 2015

AHLI KESATUAN



Dalam ucapan-ucapan Presiden KEPTAN yang pernah saya hadir dan dengar, beliau sering mengingatkan kepada pembantu tadbir samada yang baharu mahupun yang lama agar segera menjadi ahli bagi meramaikan lagi keanggotaan kesatuan ini agar suara pembantu tadbir dapat didengar oleh kerajaan.  Saya amat bersetuju dengan beliau kerana jika dilihat pada kata dasar kesatuan itu sendidri datangnya dari perkataan ‘Satu’.  Jadi dengan satu itu akan pergi kepada kata kerja ‘Bersatu’.  Maknanya apabila bersatu baharulah sesuatu perkara dapat diselesaikan.  Dan bersatu itu haruslah memerlukan suara yang banyak ibarat seperti lidi – sebatang lidi akan dapat dipatahkan dengan mudah tetapi kalau segenggam lidi amat sukar dipatahkan – dan memang benarlah seperti kata perumpamaan itu.


Saya pun sebenarnya kurang faham dengan pemikiran pembantu tadbir yang masih belum menyertai kesatuan ini.  Ada antara mereka yang merasakan tidak penting berada dalam kesatuan kerana kesatuan tidak memperjuangkan hak mereka.  Ingin saya terangkan bahawa dalam berorganisasi kesatuan tidak ada istilah tidak memperjuangkan hak.  Kesatuan memperjuangkan hak semua pembantu tadbir samada perkeranian operasi, kewangan mahupun pembantu tadbir rendah. 


Cuma bukan semua perjuangan itu dapat faedahnya serentak dalam sekelip mata.  Ianya memerlukan banyak penapisan yang perlu dilalui.  Contohnya Maizatul seorang kerani N17 hakiki yang berkhidmat 10 tahun, kerana kerajaan meluluskan penjumudan pembantu tadbir rendah yang tidak melibat Maizatul maka Maizatul berhenti dari menjadi ahli kerana kecewa.  Sedangkan bukan beliau seorang adalah kerani malahan ramai lagi kerani yang sama gred dengan beliau tetapi masih menyokong kesatuan kerana bagi mereka, kali ini bukan rezeki mereka, mungkin rezeki mereka pada hari lain.


Salah satu faktor penyebab mengapa permintaan kumpulan sokongan khususnya pembantu tadbir lambat ditunaikan adalah kerana mereka yang berfikiran seperti di atas.  Tetapi dalam masa yang sama apabila skim lain menerima faedah, mereka ini akan tidak berpuas hati namun tidak mahu menjadi ahli.  Untuk menjadi kesatuan yang utuh yang mana kerajaan sentiasa mahu mendengar permintaan, haruslah menjadi kesatuan yang ramai ahlinya. 


Cuba kita bandingkan sekejap dengan kesatuan yang kuat seperti kesatuan guru.  Mereka mempunyai ahli yang ramai malahan yuran mereka jauh lebih tinggi dari kesatuan kita namun mereka tetap menyokong kesatuan mereka kerana mereka berfikiran jauh demi faedah yang akan diterima oleh mereka kelak.  Tidak bolehkah kita pembantu tadbir yang berkelulusan SPM (termasuk saya) ini cuba memandang kehadapan sedikit dan berfikir secara minda kelas pertama sekali sekala.  Kita mahukan faedah tetapi tidak mahu melabur dan berusaha bagaimana faedah itu akan datang kepada kita.

Saya sangat setuju dengan ungkapan dari Presiden KEPTAN kepada golongan ini yang diumpamakan seperti KUTU (mengaut keuntungan dari keringat orang lain).  Tidakkah mereka ini tahu bagaimana perasaan ahli-ahli yang berjuang dalam kesatuan ini bilamana kerajaan meluluskan permintaan kesatuan kepada semua pembantu tadbir tidak mengira ahli atau bukan ahli kesatuan.  Tidakkah ahli-ahli yang berjuang ini juga akan merasa sakit hati kepada KUTU ini.  Namun perjuangan tetap diteruskan.


Saya rasa sudah banyak cadangan dari ahli-ahli yang memperkatakan tentang pendaftaran ahli ini.  Salah satu yang menarik minat saya adalah pendaftaran secara automatik kepada semua pembantu tadbir tidak kira samada baharu atau yang lama.  Saya tidak pasti samada mungkinkah cadangan ini sudah ada diperingkat Exco Pusat atau tidak.  Mungkin juga terdapat kekangan yang perlu dilepasi sebelum perkara ini dapat dilaksanakan, saya tidak tahu.  Tetapi saya menyokong penuh seandainya polisi ini dapat diimplimentasikan.  Ini akan memberikan keadilan kepada semua pembantu tadbir kerana faedah yang diperoleh tetap akan dirasai semua selain dapat meningkatkan lagi suara ahli kesatuan.


Menyebut tentang pendaftaran automatik ini, pengalaman saya ketika mula-mula masuk bekerja dalam bidang swasta, untuk gaji bulan pertama saya terus dipotong yuran kesatuan sebanyak RM 5.00.  Begitulah bulan-bulan seterusnya.  Walhal saya tidak tahu apa itu kesatuan ketika itu dan tidak pernah menghadiri pun mesyuarat agung.  Namun untuk tahun berikutnya, saya telah diberi penerangan oleh senior-senior maka saya menyerap penerangan itu dan merelakan potongan tersebut kerana kesatuan akan dapat menjadi wakil kepada suara kita untuk syarikat memberikan manfaat kepada pekerja.  Dan untuk tahun seterusnya, barulah saya berpeluang untuk menghadiri mesyuarat agung dan nampak perjalanan kesatuan itu.


Saya sempat bekerja swasta selama tiga tahun seterusnya diterima untuk masuk sektor awam.  Untuk penempatan pertama saya itu, saya telah ditempatkan di salah satu  bahagian dalam KPM.  Pada ketika itu saya mengjangkakan sektor awam tidak mempunyai kesatuan kerana ketika mendapat slip gaji yang pertama, saya melihat terdapat satu potongan iaitu MESCA.  Saya mengjangkakan pada awalnya itu adalah kesatuan tetapi setelah diberitahu oleh rakan-rakan lama, mereka mengatakan itu bukan kesatuan sebaliknya persatuan. 


Lalu saya bertanya samada tidak adakah kesatuan, lalu dijawab mereka bahawa mereka pun tidak tahu.  Disini jelas saya lihat bahawa maklumat KEPTAN ini tidak sampai kepada mereka.  Setelah agak lama berkhidmat, saya cuba merisik kepada orang lama disitu merangkap Ketua Pembantu Tadbir.  Beliau menjelaskan bahawa dahulu memang ada KEPTAN untuk cawangan KPM namun tidak aktif.  Beliau mengatakan bahawa kesatuan KEPTAN sangat aktif disekolah.  Tetapi kini saya melihat KEPTAN cawangan KPM sudah kembali aktif.  Setelah dua tahun berkhidmat disitu, saya dapat bertukar ke sekolah dalam daerah Temerloh dan ketika mesyuarat agung saya telah hadir walaupun saya bukan ahli lagi dan memohon borang untuk menjadi ahli.  Dan sehingga kini saya masih ahli.


Apa yang ingin saya sampaikan daripada penceritaan saya di atas ialah mungkinkah KEPTAN dapat melaksanakan pendaftaran automatik ini agar suara ahli dapat ditingkatkan.  Sedangkan kesatuan swasta pun boleh melaksanakan perkara ini begitu juga persatuan yang hanya diperingkat cawangan KPM seperti MESCA (ibarat kalau disini PSKPP), juga dapat melaksanakannya, kenapa kita sebuah kesatuan yang merangkumi seluruh cawangan KPM dan sekolah tidak boleh melaksanakannya. 


Saya faham mungkin terdapat beberapa perkara yang merumitkan proses itu, namun saya harap para Exco dapat menyelesaikan halangan tersebut.  Saya percaya seandainya ianya diwartakan sebagai polisi kesatuan, nescaya mereka yang belum ahli ini tidak ada pilihan selain menerimanya.  Memang akan timbul pertikaian namun polisi tetap harus dipatuh.


Sekian, terima kasih.