MAKLUMAN

Senarai Keputusan Pemilihan Jawatankuasa KEPTAN Cawangan Temerloh Bagi Sesi 2016 - 2018.' '' '' ' Pengerusi: En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (SMK Temerloh) Timbalan Pengerusi: En. Ideris bin Jalor (SMK Seri Semantan) Naib Pengerusi Lelaki: En. Mohamad Sabri bin Haji Yusof (SJK (T) Ladang Bee Yong) Naib Pengerusi Wanita: Pn. Sauyah binti Md Sood (SJK (C) Mentakab 1) Setiausaha: Pn. Mahirah binti Mohd Ayub (Kolej Vokasional Temerloh) Penolong Setiausaha: Pn. Dahlya binti Duhim (SK Bolok) Bendahari: Pn. Noor Lizah binti Yusof (SMK Kerdau) Ahli Jawatankuasa: 1. En. Amin Adabi bin Sulaiman (Pej. Pend. Daerah Temerloh) 2. Pn. Zakiah binti Sallam (SK Bandar Mentakab) 3. Pn. Mazni binti Abdul Aziz (SK Abu Bakar) 4. Pn. Norazizah binti Mohd Aziz (SMK Abu Bakar) 5. En. Abdul Hassan bin Shuada (SK Kuala Kaung)' '' '' ' 5 orang Perwakilan yang akan mewakili KEPTAN Cawangan Temerloh ke Persidangan KEPTAN Semenanjung Malaysia 2017. 1. En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (SMK Temerloh) 2. Pn. Sauyah binti Md Sood (SJK (C) Mentakab 1) 3. Pn. Dahlya binti Duhim (SK Bolok) 4. Pn. Zakiah binti Sallam (SK Bandar Mentakab) 5. Pn. Mazni binti Abdul Aziz (SK Abu Bakar)

Friday, October 30, 2015

HADIAH UNTUK PENJAWAT AWAM


Intipati Bajet 2016 untuk penjawat awam:


183.   Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang.  Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, Kerajaan bersetuju:

Pertama :     Memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta warganya dengan peruntukan 1.1 bilion ringgit;

Kedua :     Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam;

Ketiga :   Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada 1,200 ringgit sebulan yang akan memanfaatkan 60 ribu penjawat awam;

Keempat :    Menetapkan kadar pencen minimum sebanyak 950 ringgit sebulan,yang akan melibatkan hampir 50 ribu pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan; dan

Kelima :     Melantik secara tetap pegawai lantikan Contract of Service yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. Ini akan memanfaatkan lebih 10 ribu pegawai kontrak.


184.   Pelaksanaan kesemua langkah ini Tuan Yang Dipertua, akan berkuatkuasa pada 1 haribulan Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak 1.4 bilion ringgit.



Tuan Yang Dipertua,

199.   Tidak cukup sekadar itu, bagi meringankan beban kos sara hidup kepada semua penjawat awam, Kerajaan bersetuju dengan pemberian khas sebanyak 500 ringgit kepada semua penjawat awam.

200.   Manakala, bagi 700 ribu pesara Kerajaan pula, bayaran khas 250 ringgit disediakan. Kedua-dua bayaran ini, yang berjumlah hampir 1 bilion ringgit akan dibuat pada bulan Januari 2016.



Keterangan:

Ini adalah antara intipati dalam bajet 2016 yang boleh membuatkan kakitangan awam tersenyum kerana dengan pemberian-pemberian ini akan dapat mengurangkan kos sara hidup penjawat awam.  Saya sebagai penjawat awam yang masih berkhidmat amat berterima kasih kepada kerajaan dengan pemberian tersebut.

Ketika dasar Gaji Minimum diperkenalkan kepada sektor swasta, saya pernah terfikir kenapa gaji permulaan gred terendah kakitangan awam dalam Jadual Gaji Minimum Maksimum adalah kurang dari gaji minimum yang diumumkan oleh kerajaan untuk sektor swasta.


Namun dengan pengumuman dalam Bajet 2016, ternyata kerajaan tidak terlepas pandang kepada kakitangan awam cuma masa yang diperlukan untuk pelarasan tersebut.  Saya amat bersetuju kadar gaji terendah yang diberikan itu kerana ianya realistik dengan keadaan sekarang.


Cuma saya masih terkeliru dengan penambahbaikan 252 skim yang diumumkan itu.  Ini kerana penambaikan ini telah dibentangkan dalam ucapan bajet tahun lalu namun dalam bajet ini masih disebut perkara yang sama.  Nampaknya penambahbaikan ini masih belum menemui jalan penyelesaian.


Apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana walaupun tidak banyak yang diperoleh oleh kakitangan awam namun ianya masih boleh membuatkan kakitangan awam tersenyum..