SIARAN PEMAKLUMAN TBBK BAGI URUSAN BERMULA JULAI
2015 SEHINGGA JUN 2016 (URUSAN SEMASA) DAN JULAI 2013 SEHINGGA
JUN 2014 (URUSAN CICIR) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
(KPM) BERMULA 25 MEI 2015 SEHINGGA 21 JUN 2015
2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 dan Pegawai
Kumpulan Pelaksana (PKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan
Bagi Julai 2015 sehingga Jun 2016 (Urusan Semasa)
dan Julai 2013 sehingga Jun 2014 (Urusan Cicir)
di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 25
Mei 2015 sehingga 21 Jun 2015.
Urusan ini terbuka kepada :
(a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
Gred DG32 hingga Gred DG54 Bagi Urusan Julai 2015 sehingga
Jun 2016;
(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
Gred DG32 hingga Gred DG54 Bagi Urusan Julai 2013 sehingga
Jun 2014 (Urusan Cicir);
(c) Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Bagi
Urusan Julai 2015 sehingga Jun 2016; dan
(d) Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Bagi
Urusan Julai 2013 sehingga Mei 2014 (Urusan Cicir).
Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU
MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus
oleh Ketua Jabatan menerusi iklan ePangkat yang dibuka bermula
25 Mei 2015.
Sekian.