MAKLUMAN

Senarai Keputusan Pemilihan Jawatankuasa KEPTAN Cawangan Temerloh Bagi Sesi 2016 - 2018.' '' '' ' Pengerusi: En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (SMK Temerloh) Timbalan Pengerusi: En. Ideris bin Jalor (SMK Seri Semantan) Naib Pengerusi Lelaki: En. Mohamad Sabri bin Haji Yusof (SJK (T) Ladang Bee Yong) Naib Pengerusi Wanita: Pn. Sauyah binti Md Sood (SJK (C) Mentakab 1) Setiausaha: Pn. Mahirah binti Mohd Ayub (Kolej Vokasional Temerloh) Penolong Setiausaha: Pn. Dahlya binti Duhim (SK Bolok) Bendahari: Pn. Noor Lizah binti Yusof (SMK Kerdau) Ahli Jawatankuasa: 1. En. Amin Adabi bin Sulaiman (Pej. Pend. Daerah Temerloh) 2. Pn. Zakiah binti Sallam (SK Bandar Mentakab) 3. Pn. Mazni binti Abdul Aziz (SK Abu Bakar) 4. Pn. Norazizah binti Mohd Aziz (SMK Abu Bakar) 5. En. Abdul Hassan bin Shuada (SK Kuala Kaung)' '' '' ' 5 orang Perwakilan yang akan mewakili KEPTAN Cawangan Temerloh ke Persidangan KEPTAN Semenanjung Malaysia 2017. 1. En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (SMK Temerloh) 2. Pn. Sauyah binti Md Sood (SJK (C) Mentakab 1) 3. Pn. Dahlya binti Duhim (SK Bolok) 4. Pn. Zakiah binti Sallam (SK Bandar Mentakab) 5. Pn. Mazni binti Abdul Aziz (SK Abu Bakar)

Thursday, June 4, 2015

SELESAINYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEPTAN CAWANGAN TEMERLOH KALI KE 16


Pada 3 Jun 2015 maka selesailah sudah Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah Semenanjung (KEPTAN) Cawangan Temerloh kali ke 16 yang telah diadakan di Dewan SK Bandar Mentakab.  Mesyuarat yang diadakan pada hari tersebut telah berjaya menghimpunkan kehadiran ahli seramai 116 orang manakala 2 orang  bukan ahli.  Kehadiran pada tahun ini masih kekal sama dengan tahun 2014 dengan kehadiran 118 orang.  Walaubagaimanapun usaha ini dipuji kerana KEPTAN berjaya menghimpunkan sekurang-kurangnya setengah dari jumlah keseluruhan ahli


Majlis dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan Pengerusi KEPTAN Cawangan Temerloh, En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf mengumumkan jumlah kehadiran ahli pada mesyuarat tersebut.  Disebabkan Perasmi majlis akan merasmikan majlis pada jam 10.00 pagi, maka ruang yang ada diteruskan dengan agenda mesyuarat yang telah disusun.


Dalam mesyuarat ini, 5 orang pemeriksa undi baharu telah dilantik untuk melaksanakan tugas pengiraan undi pada mesyuarat serta pemilihan Exco pada tahun 2016.  Para pemeriksa undi yang lama telah mencadangkan agar dipilih pemeriksa yang baharu.  Selain itu, Pengerusi juga telah mengumumkan nama 4 orang wakil ke Persidangan Perwakilan Kebangsaan.  Kertas pencalonan telah diedarkan bersama kertas usul sebelum mesyuarat agung.


Disebabkan pihak Exco hanya menerima 4 nama bagi wakil tersebut, maka mesyuarat sebulat suara meluluskan agar 4 nama tersebut automatik dijadikan wakil.


Tiga usul juga telah diterima oleh Exco dan disepakati oleh ahli untuk diangkat ke KEPTAN Pusat bagi tindakan seterusnya.  Diharapkan ketiga-tiga usul ini dapat diterima oleh KEPTAN Pusat agar menjadi dorongan kepada Pembantu Tadbir untuk lebih berusaha memantapkan lagi perkhidmatan.


Mesyuarat seterusnya diselangselikan dengan pemberian hadiah cabutan bertuah.  Mesyuarat disambung semula apabila Perasmi majlis telah tiba.  Pengacara majlis pada hari tersebut ialah Pn. Rogayah binti Mohd Zain.  Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh, Tuan Haji Wan Abdul Hamid bin Haji Wan Mohammad.  Selain daripada itu, bagi pihak KEPTAN Pusat, Setiausaha Agung telah diwakilkan iaitu En. Adnan bin Ahmad, PJK.


Mesyuarat seterusnya dimulakan dengan bacaan doa.  Usai doa disudahi, semua ahli berdiri bagi menyanyikan empat buah lagu iaitu lagu Negaraku, 1Malaysia, Warisan serta Keptan Maju Jaya.  Selepas itu, Pengerusi  KEPTAN Cawangan Temerloh mengambil tempat untuk memberikan ucapan pembukaan.  Selesai ucapan tersebut, Setiausaha Agung KEPTAN Pusat diberikan ruang untuk menyampaikan ucapan serta amanat dari KEPTAN Pusat.  Sebelum menutup mesyuarat untuk jamuan makan tengah hari, Tuan PPD Temerloh telah memberi ucapannya sekaligus merasmikan mesyuarat pada hari tersebut.  Majlis berehat sebentar untuk jamuan makan tengah hari.


Usai makan tengah hari, mesyuarat diteruskan bagi menghabiskan baki agenda.  Agenda seterusnya ialah ucapan penangguhan serta lain-lain hal.  Pada penghujung majlis ini terdapat ahli yang menyuarakan pandangan serta pertanyaan bagi memantapkan lagi pengurusan kesatuan.  Para Exco menerimanya dengan berlapang dada serta bersedia untuk menguraikan segala pandangan serta pertanyaan tersebut dengan pihak berwajib.


Mesyuarat diakhiri dengan pemberian hadiah cabutan bertuah dan ditangguhkan pada jam 1.10 petang. 


Nota:  Penulis tidak mempunyai gambar untuk dipertontonkan dalam entri ini.  Seandainya ada yang ingin menyumbang gambar mesyuarat tersebut, bolehlah emel kepada penulis di alamat emel ahlikeptantemerloh@gmail.com untuk kita sama-sama berkongsi kemeriahan mesyuarat tersebut.  Terima kasih.