MAKLUMAN

Senarai Keputusan Pemilihan Jawatankuasa KEPTAN Cawangan Temerloh Bagi Sesi 2016 - 2018.' '' '' ' Pengerusi: En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (SMK Temerloh) Timbalan Pengerusi: En. Ideris bin Jalor (SMK Seri Semantan) Naib Pengerusi Lelaki: En. Mohamad Sabri bin Haji Yusof (SJK (T) Ladang Bee Yong) Naib Pengerusi Wanita: Pn. Sauyah binti Md Sood (SJK (C) Mentakab 1) Setiausaha: Pn. Mahirah binti Mohd Ayub (Kolej Vokasional Temerloh) Penolong Setiausaha: Pn. Dahlya binti Duhim (SK Bolok) Bendahari: Pn. Noor Lizah binti Yusof (SMK Kerdau) Ahli Jawatankuasa: 1. En. Amin Adabi bin Sulaiman (Pej. Pend. Daerah Temerloh) 2. Pn. Zakiah binti Sallam (SK Bandar Mentakab) 3. Pn. Mazni binti Abdul Aziz (SK Abu Bakar) 4. Pn. Norazizah binti Mohd Aziz (SMK Abu Bakar) 5. En. Abdul Hassan bin Shuada (SK Kuala Kaung)' '' '' ' 5 orang Perwakilan yang akan mewakili KEPTAN Cawangan Temerloh ke Persidangan KEPTAN Semenanjung Malaysia 2017. 1. En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (SMK Temerloh) 2. Pn. Sauyah binti Md Sood (SJK (C) Mentakab 1) 3. Pn. Dahlya binti Duhim (SK Bolok) 4. Pn. Zakiah binti Sallam (SK Bandar Mentakab) 5. Pn. Mazni binti Abdul Aziz (SK Abu Bakar)

Saturday, June 20, 2015

KENAIKAN ITP DAN BONUS 2015, TAHNIAH CUEPACS!


Assalamualaikum..

Rasanya mungkin tidak lambat lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak kesatuan yang bersekutu dengan CUEPACS, khasnya KEPTAN serta banyak lagi kesatuan lain yang banyak menyumbang masa dan tenaga memperjuangkan kehendak penjawat awam.  Masih banyak yang diperjuangkan yang masih di dalam perbincangan namun saya percaya gabungan kesatuan ini mampu memberikan pulangan hasil kepada ahli-ahlinya.


Seperti yang semua telah sedia maklum Perdana Menteri dalam ucapannya di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang keempat belas yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 17 Jun 2015 lalu, telah memberikan khabar yang sangat gembira kepada semua penjawat awam terutamanya kakitangan sokongan serta pesara.  Antara yang diumumkan oleh PM ialah:

  • Bantuan Khas sebanyak RM 500.00 serta RM 250.00 kepada pesara.                                (dibayar pada 25 Jun 2015)
  • Kadar baru terendah Imbuhan Tetap Perumahan dinaikan RM300.00 dari RM180.00 sebulan.    (bagi gred 41 dan ke bawah, dibayar mulai 1 November 2015).
  • 25% daripada kadar baharu ITP akan diterima oleh penjawat awam yang tinggal di Kuarters. (dibayar mulai 1 November 2015)

PM ketika berucap di MAPPA 2015

Sebelum perjumpaan ini diadakan, secara peribadi saya beranggapan mungkin dua perkara  yang akan disentuh oleh PM iaitu isu ITP dan COLA.  Saya tidak merasakan PM akan memberikan kadar gaji baharu pada ketika ini kerana pemberian kenaikan gaji akan melibatkan impak kewangan yang sangat besar pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.  Manakala pemberian elaun samada ITP atau BSH ianya juga melibatkan impak kewangan yang besar namun untuk tahun-tahun seterusnya kadar beban kewangan ini akan kekal pada paras yang sama kerana ianya tidak melibatkan kenaikan tahunan.


Lagi pula, isu yang saya rasakan paling hampir dan sangat relevan pada ketika ini ialah perumahan dan kos sara hidup.  Sememangnya sudah tidak ada lagi kadar sewa rumah yang boleh dapat pada harga RM 180.00 ketika ini.  Dan sewajarnya ITP ini tidak dibayar mengikut gred kerana pada ketika ini semua gred juga terpaksa bertarung dengan sewa rumah yang sama mahal.


Begitu juga dengan kos sara hidup yang semakin mendadak meningkat, seandainya elaun COLA ini dapat dinaikkan sesuai dengan peredaran semasa ianya pasti akan dapat membantu penjawat awam.  Jadi sebab itulah saya mengjangkakan dua isu ini akan disentuh oleh PM.  Alhamdulillah, terima kasih kepada PM kerana telah meluluskan salah satu dari dua perkara tersebut disamping 25% untuk mereka yang tinggal di Kuarters.  Dua perkara ini juga bagi saya sudah dapat membantu penjawat awam yang bergred rendah mempunyai lebihan tunai di tangan.


Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah berganda kepada gabungan kesatuan dalam Cuepacs serta Cuepacs itu sendiri kerana telah berjaya dalam perjuangan.  Saya percaya hubungan yang baik antara kesatuan dan Kerajaan pasti akan membuahkan hasil yang baik kepada seluruh penjawat awam, namun usaha ini tidak bererti seandainya masih ramai penjawat awam yang tidak menyertai kesatuan.  Marilah bersama-sama menjadi ahli kesatuan untuk kita membantu kesatuan menjadi kesatuan yang kukuh.


Terima kasih.