MAKLUMAN

Senarai Keputusan Pemilihan Jawatankuasa KEPTAN Cawangan Temerloh Bagi Sesi 2016 - 2018.' '' '' ' Pengerusi: En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (SMK Temerloh) Timbalan Pengerusi: En. Ideris bin Jalor (SMK Seri Semantan) Naib Pengerusi Lelaki: En. Mohamad Sabri bin Haji Yusof (SJK (T) Ladang Bee Yong) Naib Pengerusi Wanita: Pn. Sauyah binti Md Sood (SJK (C) Mentakab 1) Setiausaha: Pn. Mahirah binti Mohd Ayub (Kolej Vokasional Temerloh) Penolong Setiausaha: Pn. Dahlya binti Duhim (SK Bolok) Bendahari: Pn. Noor Lizah binti Yusof (SMK Kerdau) Ahli Jawatankuasa: 1. En. Amin Adabi bin Sulaiman (Pej. Pend. Daerah Temerloh) 2. Pn. Zakiah binti Sallam (SK Bandar Mentakab) 3. Pn. Mazni binti Abdul Aziz (SK Abu Bakar) 4. Pn. Norazizah binti Mohd Aziz (SMK Abu Bakar) 5. En. Abdul Hassan bin Shuada (SK Kuala Kaung)' '' '' ' 5 orang Perwakilan yang akan mewakili KEPTAN Cawangan Temerloh ke Persidangan KEPTAN Semenanjung Malaysia 2017. 1. En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (SMK Temerloh) 2. Pn. Sauyah binti Md Sood (SJK (C) Mentakab 1) 3. Pn. Dahlya binti Duhim (SK Bolok) 4. Pn. Zakiah binti Sallam (SK Bandar Mentakab) 5. Pn. Mazni binti Abdul Aziz (SK Abu Bakar)

Monday, November 2, 2015

AHLI KESATUAN



Dalam ucapan-ucapan Presiden KEPTAN yang pernah saya hadir dan dengar, beliau sering mengingatkan kepada pembantu tadbir samada yang baharu mahupun yang lama agar segera menjadi ahli bagi meramaikan lagi keanggotaan kesatuan ini agar suara pembantu tadbir dapat didengar oleh kerajaan.  Saya amat bersetuju dengan beliau kerana jika dilihat pada kata dasar kesatuan itu sendidri datangnya dari perkataan ‘Satu’.  Jadi dengan satu itu akan pergi kepada kata kerja ‘Bersatu’.  Maknanya apabila bersatu baharulah sesuatu perkara dapat diselesaikan.  Dan bersatu itu haruslah memerlukan suara yang banyak ibarat seperti lidi – sebatang lidi akan dapat dipatahkan dengan mudah tetapi kalau segenggam lidi amat sukar dipatahkan – dan memang benarlah seperti kata perumpamaan itu.


Saya pun sebenarnya kurang faham dengan pemikiran pembantu tadbir yang masih belum menyertai kesatuan ini.  Ada antara mereka yang merasakan tidak penting berada dalam kesatuan kerana kesatuan tidak memperjuangkan hak mereka.  Ingin saya terangkan bahawa dalam berorganisasi kesatuan tidak ada istilah tidak memperjuangkan hak.  Kesatuan memperjuangkan hak semua pembantu tadbir samada perkeranian operasi, kewangan mahupun pembantu tadbir rendah. 


Cuma bukan semua perjuangan itu dapat faedahnya serentak dalam sekelip mata.  Ianya memerlukan banyak penapisan yang perlu dilalui.  Contohnya Maizatul seorang kerani N17 hakiki yang berkhidmat 10 tahun, kerana kerajaan meluluskan penjumudan pembantu tadbir rendah yang tidak melibat Maizatul maka Maizatul berhenti dari menjadi ahli kerana kecewa.  Sedangkan bukan beliau seorang adalah kerani malahan ramai lagi kerani yang sama gred dengan beliau tetapi masih menyokong kesatuan kerana bagi mereka, kali ini bukan rezeki mereka, mungkin rezeki mereka pada hari lain.


Salah satu faktor penyebab mengapa permintaan kumpulan sokongan khususnya pembantu tadbir lambat ditunaikan adalah kerana mereka yang berfikiran seperti di atas.  Tetapi dalam masa yang sama apabila skim lain menerima faedah, mereka ini akan tidak berpuas hati namun tidak mahu menjadi ahli.  Untuk menjadi kesatuan yang utuh yang mana kerajaan sentiasa mahu mendengar permintaan, haruslah menjadi kesatuan yang ramai ahlinya. 


Cuba kita bandingkan sekejap dengan kesatuan yang kuat seperti kesatuan guru.  Mereka mempunyai ahli yang ramai malahan yuran mereka jauh lebih tinggi dari kesatuan kita namun mereka tetap menyokong kesatuan mereka kerana mereka berfikiran jauh demi faedah yang akan diterima oleh mereka kelak.  Tidak bolehkah kita pembantu tadbir yang berkelulusan SPM (termasuk saya) ini cuba memandang kehadapan sedikit dan berfikir secara minda kelas pertama sekali sekala.  Kita mahukan faedah tetapi tidak mahu melabur dan berusaha bagaimana faedah itu akan datang kepada kita.

Saya sangat setuju dengan ungkapan dari Presiden KEPTAN kepada golongan ini yang diumpamakan seperti KUTU (mengaut keuntungan dari keringat orang lain).  Tidakkah mereka ini tahu bagaimana perasaan ahli-ahli yang berjuang dalam kesatuan ini bilamana kerajaan meluluskan permintaan kesatuan kepada semua pembantu tadbir tidak mengira ahli atau bukan ahli kesatuan.  Tidakkah ahli-ahli yang berjuang ini juga akan merasa sakit hati kepada KUTU ini.  Namun perjuangan tetap diteruskan.


Saya rasa sudah banyak cadangan dari ahli-ahli yang memperkatakan tentang pendaftaran ahli ini.  Salah satu yang menarik minat saya adalah pendaftaran secara automatik kepada semua pembantu tadbir tidak kira samada baharu atau yang lama.  Saya tidak pasti samada mungkinkah cadangan ini sudah ada diperingkat Exco Pusat atau tidak.  Mungkin juga terdapat kekangan yang perlu dilepasi sebelum perkara ini dapat dilaksanakan, saya tidak tahu.  Tetapi saya menyokong penuh seandainya polisi ini dapat diimplimentasikan.  Ini akan memberikan keadilan kepada semua pembantu tadbir kerana faedah yang diperoleh tetap akan dirasai semua selain dapat meningkatkan lagi suara ahli kesatuan.


Menyebut tentang pendaftaran automatik ini, pengalaman saya ketika mula-mula masuk bekerja dalam bidang swasta, untuk gaji bulan pertama saya terus dipotong yuran kesatuan sebanyak RM 5.00.  Begitulah bulan-bulan seterusnya.  Walhal saya tidak tahu apa itu kesatuan ketika itu dan tidak pernah menghadiri pun mesyuarat agung.  Namun untuk tahun berikutnya, saya telah diberi penerangan oleh senior-senior maka saya menyerap penerangan itu dan merelakan potongan tersebut kerana kesatuan akan dapat menjadi wakil kepada suara kita untuk syarikat memberikan manfaat kepada pekerja.  Dan untuk tahun seterusnya, barulah saya berpeluang untuk menghadiri mesyuarat agung dan nampak perjalanan kesatuan itu.


Saya sempat bekerja swasta selama tiga tahun seterusnya diterima untuk masuk sektor awam.  Untuk penempatan pertama saya itu, saya telah ditempatkan di salah satu  bahagian dalam KPM.  Pada ketika itu saya mengjangkakan sektor awam tidak mempunyai kesatuan kerana ketika mendapat slip gaji yang pertama, saya melihat terdapat satu potongan iaitu MESCA.  Saya mengjangkakan pada awalnya itu adalah kesatuan tetapi setelah diberitahu oleh rakan-rakan lama, mereka mengatakan itu bukan kesatuan sebaliknya persatuan. 


Lalu saya bertanya samada tidak adakah kesatuan, lalu dijawab mereka bahawa mereka pun tidak tahu.  Disini jelas saya lihat bahawa maklumat KEPTAN ini tidak sampai kepada mereka.  Setelah agak lama berkhidmat, saya cuba merisik kepada orang lama disitu merangkap Ketua Pembantu Tadbir.  Beliau menjelaskan bahawa dahulu memang ada KEPTAN untuk cawangan KPM namun tidak aktif.  Beliau mengatakan bahawa kesatuan KEPTAN sangat aktif disekolah.  Tetapi kini saya melihat KEPTAN cawangan KPM sudah kembali aktif.  Setelah dua tahun berkhidmat disitu, saya dapat bertukar ke sekolah dalam daerah Temerloh dan ketika mesyuarat agung saya telah hadir walaupun saya bukan ahli lagi dan memohon borang untuk menjadi ahli.  Dan sehingga kini saya masih ahli.


Apa yang ingin saya sampaikan daripada penceritaan saya di atas ialah mungkinkah KEPTAN dapat melaksanakan pendaftaran automatik ini agar suara ahli dapat ditingkatkan.  Sedangkan kesatuan swasta pun boleh melaksanakan perkara ini begitu juga persatuan yang hanya diperingkat cawangan KPM seperti MESCA (ibarat kalau disini PSKPP), juga dapat melaksanakannya, kenapa kita sebuah kesatuan yang merangkumi seluruh cawangan KPM dan sekolah tidak boleh melaksanakannya. 


Saya faham mungkin terdapat beberapa perkara yang merumitkan proses itu, namun saya harap para Exco dapat menyelesaikan halangan tersebut.  Saya percaya seandainya ianya diwartakan sebagai polisi kesatuan, nescaya mereka yang belum ahli ini tidak ada pilihan selain menerimanya.  Memang akan timbul pertikaian namun polisi tetap harus dipatuh.


Sekian, terima kasih.

Sunday, November 1, 2015

TANGGAGAJI BERDASARKAN KELULUSAN AKADEMIK



Selaras dengan hasrat kerajaan yang menyasarkan peningkatan kelayakan guru ke peringkat ijazah sarjana muda, melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 40 Tahun 2013, kerajaan telah bersetuju untuk menggabungkan skim perkhidmatan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah dan lepasan diploma di dalam satu skim bersepadu iaitu pegawai perkhidmatan pendidikan.


Berhubung kait perkara di atas, kita dapat lihat jika sebelum ini gred jawatan DG terbahagi kepada dua iaitu DG bagi yang lepasan siswazah manakala DGA bagi lepasan diploma.  Dengan penggabunggan ini semua semua skim telah disepadukan menjadi satu sahaja iaitu DG.  Di dalam penggabunggan itu, tidak banyak perubahan yang dilaksanakan dengan hanya mengekalkan skim yang sedia ada.


Salah satu yang menarik perhatian saya ialah dimana guru yang telah Berjaya mendapatkan ijazah di dalam perkhidmatan akan dinaikkan pangkat kepada gerd DG42.  Mereka tidak perlu lagi menjalani urusan-urusan pelantikan baharu sebagaimana yang disyaratkan oleh kerajaan bagi mendapatkan gred DG41.  Ini merupakan salah satu kelebihan yang didapati oleh mereka kerana gred 42 ini adalah sama seperti 41.


Menyedari hal ini, saya tertarik untuk menyorot perhatian kita kepada kumpulan sokongan yang juga berada dan bekerja sama dalam jabatan di sekolah yang digelar sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17.  Walaupun kerajaan masih tidak mempunyai sasaran untuk meningkatkan kelayakan pembantu tadbir, namun kita semua menyedari dan KEPTAN juga telah mendapatkan input dimana pada ketika ini kebanyakan pembantu tadbir telah ramai yang memegang sijil pendidikan yang tinggi seperti STPM, Sijil Perakaunan, Diploma malah Ijazah Sarjana Muda juga samada sebelum menjawat jawatan mahupun selepas menjawat jawatan hasil dari menyahut seruan kerajaan dalam pembelajaran secara berterusan.


Sehubungan dengan perkara ini, KEPTAN telah menyediakan kertas cadangan untuk menaik taraf skim ini dengan salah satu justifikasi cadangannya ialah seperti yang diperkatakan di atas.  Pada pandangan saya kerajaan tidak seharusnya melepas pandang terhadap skim ini tatkala ketika ini kerajaan juga tahu bahawa ramai mahasiswa yang telah menamatkan pengajian mereka dengan terpaksa mengisi permohonan sebagai kerani walaupun mereka adalah pemegang ijazah disebabkan kesusahan untuk mendapatkan pekerjaan ini.


Pertamanya skim ini adalah menggunakan syarat kelayakan masuk pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia sahaja.  Maka mungkin disebabkan ini, kerajaan agak susah untuk menaik taraf / memberikan kadar gaji mengikut kelayakan akademik kepada pemohon yang berjaya yang mempunyai kelayakan lebih tinggi dari SPM.


Keduanya, jika kerajaan benar-benar prihatin serta berpegang kepada seruan pembelajaran secara berterusan, seharusnya kerajaan sudah mengjangkakan bahawa akan ramai penjawat awam yang memegang taraf pendidikan yang tinggi dan sepatutnya kerajaan sudah mempunyai rancangan dan kaedah untuk memberikan penghargaan kepada golongan ini yang sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit sendiri untuk memajukan kerjaya mereka.
Tidak seperti guru yang apabila mereka menyambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi, kerajaan telah menyediakan peruntukan untuk yuran-yuran mereka dan telah dijanjikan kenaikan pangkat seandainya telah tamat, golongan kerani pula berhempas pulas mencari dana sendiri untuk menyambung pengajian.


Ketiganya, kerana saingan dari mahasiswa yang terpaksa memohon jawatan kelayakan SPM ini, telah mengurangkan peluang mereka yang hanya mempunyai sijil pendidikan SPM.  Contohnya, mereka yang mempunyai SPM dan Diploma dan Ijazah dengan mudah dapat memohon mana-mana sahaja jawatan yang bertaraf SPM, Diploma dan Ijazah kerana mereka memiliki semuanya.  Selain dari pendedahan dan pembelajaran yang didapati di universiti, mereka ini akan mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan kerja hatta kerani.  Justeru itu, saya berharap kerajaan dapat melihat semula perkara ini dan jika boleh menyediakan kuota pengambilan bagi mereka yang benar-benar ada SPM dan mahasiswa yang mempunyai pelbagai kelulusan.  Seharusnya kuota besar diperuntukkan kepada yang benar-benar ada SPM bagi membantu mereka mendapatkan kerja sesuai dengan tahap pendidikan mereka.


Seperti yang ahli-ahli KEPTAN semua tahu, KEPTAN telah pun memohon kepada kerajaan untuk memberikan tangga gaji yang sesuai kepada pembantu tadbir mengikut kelulusan akademik pembantu tadbir tersebut.  Saya sangat bersetuju dengan cadangan ini.  Dengan tugasan pembantu tadbir yang rencam kini, seharusnya kerajaan menghargai sedikit pengorbanan pembantu tadbir walaupun sehingga kini masih tiada berita gembira berkaitan perkara ini.


Sebagai seorang ahli biasa KEPTAN, saya tidak tahu apakah permintaan yang dibuat oleh KEPTAN ini hanya pada tangga gaji ataupun merangkumi juga pada elaun-elaun.  Namun saya berharap ianya merangkumi tangga gaji dan elaun-elaun.  Dan seandainya kerajaan tidak dapat meluluskan permintaan ini disebabkan akan melibatkan implikasi kewangan yang besar, ingin saya nyatakan bahawa perkara yang sama juga berlaku ketika meluluskan kenaikan pangkat guru kepada gred 42.


Jika kerajaan masih tidak dapat meluluskan keseluruhan permintaan tersebut, pada pendapat peribadi saya, saya berharap setidak-tidaknya kerajaan dapat meluluskan sebahagian dari permintaan ini.  Untuk mengurangkan implikasi kewangan yang besar, mungkin boleh diluluskan pembantu tadbir yang mempunyai kelulusan akademik dibayar pada tangga gaji gred yang sesuai dengan kelulusan akademik.  Contohnya mereka yang mempunyai ijazah sarjana muda kepujian, mungkin boleh dibayar pada kadar RM 2222.94.  Manakala elaun-elaun lain masih kekal pada skim semasa, contoh: Ali baru menjawat jawatan pembantu tadbir n17 dan mempunyai kelulusan ijazah, maka Ali diberikan gaji pokok pada kadar RM 2222.94 manakala ITP pada kadar RM 180.00, ITKA pada kadar RM 115.00 dan BSH pada kadar RM 250.00.  Justeru kenaikan gaji tahunan Ali masih kekal pada kadar RM 95.00. 


Setidak-tidaknya mungkin ini boleh mengurangkan rasa ketidakpuasan hati pihak lain yang bergred 41 dan melaksanakan kerja-kerja 41.  Maksudnya dengan kaedah ini akan menampakkan sedikit perbezaan antara 41 dan 17 yang mempunyai kelulusan yang sama.  Jika 17 diberikan tanggagaji dan elaun-elaun 41, mungkin 41 akan merasa kurang berpuas hati kerana bidang tugas yang berbeza tetapi kadar gaji yang sama.  Jika saya di tempat 41, mungkin juga akan berperasaan demikian.


Justeru besarlah harapan saya agar permintaan KEPTAN berkait perkara yang dinyatakan di atas dapat diberikan perhatian yang serius oleh pihak kerajaan bagi menunjukkan keprihatinan dan layanan yang sama rata kerajaan kepada kumpulan sokongan juga.  Sesungguhnya kumpulan sokongan juga memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam sesebuah organisasi.


Sekian, terima kasih.

Friday, October 30, 2015

HADIAH UNTUK PENJAWAT AWAM


Intipati Bajet 2016 untuk penjawat awam:


183.   Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang.  Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, Kerajaan bersetuju:

Pertama :     Memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta warganya dengan peruntukan 1.1 bilion ringgit;

Kedua :     Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam;

Ketiga :   Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada 1,200 ringgit sebulan yang akan memanfaatkan 60 ribu penjawat awam;

Keempat :    Menetapkan kadar pencen minimum sebanyak 950 ringgit sebulan,yang akan melibatkan hampir 50 ribu pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan; dan

Kelima :     Melantik secara tetap pegawai lantikan Contract of Service yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. Ini akan memanfaatkan lebih 10 ribu pegawai kontrak.


184.   Pelaksanaan kesemua langkah ini Tuan Yang Dipertua, akan berkuatkuasa pada 1 haribulan Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak 1.4 bilion ringgit.



Tuan Yang Dipertua,

199.   Tidak cukup sekadar itu, bagi meringankan beban kos sara hidup kepada semua penjawat awam, Kerajaan bersetuju dengan pemberian khas sebanyak 500 ringgit kepada semua penjawat awam.

200.   Manakala, bagi 700 ribu pesara Kerajaan pula, bayaran khas 250 ringgit disediakan. Kedua-dua bayaran ini, yang berjumlah hampir 1 bilion ringgit akan dibuat pada bulan Januari 2016.



Keterangan:

Ini adalah antara intipati dalam bajet 2016 yang boleh membuatkan kakitangan awam tersenyum kerana dengan pemberian-pemberian ini akan dapat mengurangkan kos sara hidup penjawat awam.  Saya sebagai penjawat awam yang masih berkhidmat amat berterima kasih kepada kerajaan dengan pemberian tersebut.

Ketika dasar Gaji Minimum diperkenalkan kepada sektor swasta, saya pernah terfikir kenapa gaji permulaan gred terendah kakitangan awam dalam Jadual Gaji Minimum Maksimum adalah kurang dari gaji minimum yang diumumkan oleh kerajaan untuk sektor swasta.


Namun dengan pengumuman dalam Bajet 2016, ternyata kerajaan tidak terlepas pandang kepada kakitangan awam cuma masa yang diperlukan untuk pelarasan tersebut.  Saya amat bersetuju kadar gaji terendah yang diberikan itu kerana ianya realistik dengan keadaan sekarang.


Cuma saya masih terkeliru dengan penambahbaikan 252 skim yang diumumkan itu.  Ini kerana penambaikan ini telah dibentangkan dalam ucapan bajet tahun lalu namun dalam bajet ini masih disebut perkara yang sama.  Nampaknya penambahbaikan ini masih belum menemui jalan penyelesaian.


Apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana walaupun tidak banyak yang diperoleh oleh kakitangan awam namun ianya masih boleh membuatkan kakitangan awam tersenyum..

BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP SISTEM HRMIS

 
BORANG KAJIAN KEPUASAN HATI PELANGGAN BERKENAAN AKSES KEPADA APLIKASI HRMIS DARIPADA SEPTEMBER 2015 SEHINGGA KINI
 Siti Sarwani Mohamad Salleh
 
Tindakan
Kepada: Sekolah Rendah di Bentong Pahang‎; Sekolah Menengah di Bentong Pahang‎; Sekolah Menengah di Bera Pahang‎; Sekolah Rendah di Bera Pahang‎; Sekolah Rendah di Kuantan Pahang‎; Sekolah Menengah di Kuantan Pahang‎; Sekolah Menengah di Jerantut Pahang‎; Sekolah Rendah di Jerantut Pahang‎; Sekolah Rendah di Maran Pahang‎; Sekolah Menengah di Maran Pahang‎; Sekolah Menengah di Pekan Pahang‎; Sekolah Rendah di Pekan Pahang‎; Sekolah Rendah di Lipis Pahang‎; Sekolah Menengah di Cameron Highlands Pahang‎; Sekolah Rendah di Cameron Highlands Pahang‎; Sekolah Rendah di Rompin Pahang‎; SK (LKTP) SELENDANG 4‎; Sekolah Menengah di Rompin Pahang‎; Sekolah Rendah di Raub Pahang‎; Sekolah Rendah di Temerloh Pahang 
 
29 Oktober 2015 16:13
Assalamualaikum w.b.t
 
Tuan/ Puan,
 
Mohon dipanjangkan borang soal selidik "Kajian Kepuasan Hati Pelanggan berkenaan Akses kepada Aplikasi HRMIS dari Sept 2015 sehingga terkini" kepada pegawai-pegawai dan kakitangan di sekolah tuan/ puan.
Url bagi soal selidik adalah sepertimana dibawah:
 
 
Sekian, terima kasih
 
 
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
 
Saya yang menjalankan tugas
 
 
Siti Sarwani Mohamad Salleh
Unit HRMIS
Sektor Pengurusan dan Pembangunan
Jabatan Pendidikan Pahang
Tel: 09-571 5700/ 5891
Fax: 09-5734857
 

From: Mohd Hafizul Bin Nizam Ardi
Sent: Monday, October 26, 2015 15:57
To: Mohd Zaidi Abidin; Murad Hassan; Norhafinaz Binti Mohd Noor; Mohd Helmi Othman; Noor Hashima Abdol Hamed; SHANMUGA SUNDARY A/P MUNIANDY; Nuril 'Awatif Fatin Binti Mohamad; Suganthi Naikkar a/p Subramaniam; Norzakiah Nokman; Nor Aidila Natasha Binti Azhari; Hanzi Selamat; Dzulhaidi Bin Abdul Rahim; Norlaila Mohd; Mariani Binti Abdullah; Enny Suhailis Suleiman; Siti Sarwani Mohamad Salleh; Marzuki Mat Nor; Mohd Firdaus Zakaria; Mohd Amir Mohamad Zali; Roslan Ahmad Tajuddin; Norainu binti Ibrahim; Haris Saji; Muhammad Saufi Morshidi; Christopher Alex Boniface Barau; Hamidah binti Ibrahim; Suzzyherin Hamiza Shahdan; Roslina Binti Rosli; Wan Haminuddin Wan Hussin; Siti Aminah Husin
Cc: Saidatul Hizam Binti Abdul Manaf; Firdaus Bin Md Din
Subject: BORANG KAJIAN KEPUASAN HATI PELANGGAN BERKENAAN AKSES KEPADA APLIKASI HRMIS DARIPADA SEPTEMBER 2015 SEHINGGA KINI

 
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
 
Tuan/Puan
 
I've invited you to fill out the form KAJIAN KEPUASAN HATI PELANGGAN BERKENAAN AKSES KEPADA APLIKASI HRMIS DARIPADA SEPTEMBER 2015 SEHINGGA KINI. To fill it out, visit:
 
 
*mohon panjangkan borang kaji selidik ini kepada sekolah.
 
Terima kasih..
 
Yang menjalankan tugas
 
Mohd Hafizul Nizam Bin Ardi
Pegawai Teknologi Maklumat
PTM (SM) PM/M1
Cawangan Pengurusan Maklumat
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
No. Tel : 03-88847065