Innalillahiwainnailaihirojiun..
Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Bakhary bin Yaakub, Naib Presiden KEPTAN Pusat merangkap Pengerusi KEPTAN Cawangan Maran yang bertugas sebagai Ketua Pembantu Tadbir di SMK Jengka 2, Pahang telah kembali menemui PenciptaNya pada jam 1.00 pagi, 30 Mei 2017 di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.
Semoga kepergian beliau di bulan yang barakah ini mendapat keampunan dari PenciptaNya. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Buat ahli keluarga beliau, semoga dapat menempuh dugaan dari Allah ini.
Takziah diucapkan.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment