Sempena Mesyuarat Agung Tahunan KEPTAN Cawangan Temerloh pada 24 Mei 2017, Pengerusi Cawangan telah melancarkan kutipan sumbangan untuk disumbangkan kepada waris Encik Bakhary bin Yaakob dimana Encik Bakhary kini masih terlantar di hospital akibat serangan stroke yang berat. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan keperluan keluarga beliau. Usai mesyuarat, Pengerusi serta beberapa pimpinan telah pergi ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh bagi menyampaikan sumbangan tersebut.
Waris (kiri), Encik Pengerusi (tengah), Encik Naib Pengerusi (kanan) |
Seluruh KEPTAN Cawangan Temerloh mendoakan agar Encik Bakhary bin Yaakob cepat sembuh dan semoga Allah memudahkan beliau sekeluarga...
No comments:
Post a Comment