Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia yang sudi meluluskan pemberian Bantuan Khas Kewangan 2016 berjumlah RM 500.00 bagi penjawat awam manakala RM 250.00 untuk pesara kerajaan sempena persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Walaupun tidak dapat bonus sebulan gaji sepertimana yang diminta oleh Cuepacs, namun dengan bantuan ini diharapkan dapat membantu para penjawat awam dan pesara berbelanja untuk hari raya tahun ini.
Pautan Berita:
Sinar Harian
Najib umum bantuan khas RM500
Dalam kenyataan di sini, beliau berkata, bantuan khas RM250 akan turut
dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan
mereka.
"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya
sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1
bilion.
"Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban
kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri
2016," kata perdana menteri.
Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu
kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran
implikasi kewangan RM1.1 bilion. - Bernama
No comments:
Post a Comment