Pada 2 Jun 2016 maka selesailah sudah Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah Semenanjung (KEPTAN) Cawangan Temerloh kali ke 17 yang telah diadakan di Dewan SK Bandar Mentakab.
Majlis dimulakan pada jam 10.00 pagi sedikit lewat dari jadual yang dirancangkan kerana beberapa faktor sampingan. Majlis dimulai dengan menyambut kehadiran Perasmi iaitu Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh, Tuan Haji Wan Abdul Hamid bin Haji Wan Mohammad. Selain daripada itu, bagi pihak KEPTAN Pusat, Timbalan Setiausaha Agung telah diwakilkan Pn. Rohani binti Mohamad Zain.
Majlis yang yang berlangsung ini telah diacarakan oleh Pn. Rogayah binti Mohd Zain. Mesyuarat seterusnya dimulakan dengan bacaan doa. Usai doa disudahi, semua ahli berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan Keptan Maju Jaya. Selepas itu, Pengerusi KEPTAN Cawangan Temerloh mengambil tempat untuk memberikan ucapan pembukaan. Selesai ucapan tersebut, ruang diberikan kepada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan mesyuarat.
Pada tahun ini mesyuarat yang bersidang akan melaksanakan pemilihan ahli jawatan kuasa baharu bagi sesi 2016 – 2018. Oleh yang demikian, selesai ucapan perasmian oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh, mesyuarat telah mengadakan pengundian bagi pemilihan baharu. Sewaktu pengiraan undi dijalankan, mesyuarat berbesar hati mempersilakan Timbalan Setiausaha Agung KEPTAN Pusat untuk menyampaikan ucapan serta amanat dari KEPTAN Pusat.
Bagi tahun ini, tiada usul yang diterima oleh pihak kesatuan untuk dibahas oleh semua ahli.
Seterusnya keputusan pemilihan diumumkan dengan beberapa muka baharu dilantik menganggotai barisan kepimpinan baharu bagi sesi 2016 – 2018. Mesyuarat diakhiri dengan pemberian hadiah cabutan bertuah dan ditangguhkan pada jam 1.10 petang.
Senarai Keputusan Pemilihan Jawatankuasa KEPTAN Cawangan Temerloh Bagi Sesi 2016 - 2018.
Pengerusi: En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf
(SMK Temerloh)
Timbalan Pengerusi: En. Ideris bin Jalor
(SMK Seri Semantan)
Naib Pengerusi Lelaki: En. Mohamad Sabri bin Haji Yusof
(SJK (T) Ladang Bee Yong)
Naib Pengerusi Wanita: Pn. Sauyah binti Md Sood
(SJK (C) Mentakab 1)
Setiausaha: Pn. Mahirah binti Mohd Ayub
(Kolej Vokasional Temerloh)
Penolong Setiausaha: Pn. Dahlya binti Duhim
(SK Bolok)
Bendahari: Pn. Noor Lizah binti Yusof
(SMK Kerdau)
Ahli Jawatankuasa:
1. En. Amin Adabi bin Sulaiman
(Pej. Pend. Daerah Temerloh)
2. Pn. Zakiah binti Sallam
(SK Bandar Mentakab)
3. Pn. Mazni binti Abdul Aziz
(SK Abu Bakar)
4. Pn. Norazizah binti Mohd Aziz
(SMK Abu Bakar)
5. En. Abdul Hassan bin Shuada
(SK Kuala Kaung)
5 orang Perwakilan yang akan mewakili KEPTAN Cawangan Temerloh ke Persidangan KEPTAN Semenanjung Malaysia 2016.
1. En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf
(SMK Temerloh)
2. En. Abdul Wali bin Norizan
(SK Telok Sentang)
3.
Pn. Zakiah binti Sallam
(SK Bandar Mentakab)
4. Pn. Rushana binti Abd Aziz
(SK Sungai Gau)
5. En. Ideris bin Jalor
(SMK Seri Semantan)
Berikut sedikit gambar pada hari mesyuarat: