KUALA LUMPUR 2 Mei – Kesatuan
Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah (Pendidikan) Semenanjung Malaysia
(Keptan) mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula skim perkhidmatan
di bawah Gred N, W dan S yang dilihat tidak memberi manfaat kepada kira-kira
100,000 pembantu tadbir.
Presidennya, Che Saad Hashim
berkata, pihaknya akan memperjuangkan nasib dan hak ahlinya melalui serahan
kertas cadangan yang mengandungi saranan meletakkan nilai tambah dalam
Pekeliling Skim Perkhidmatan Bil. 1/2016.
“Saya melihat JPA seolah-olah
meminggirkan bidang pembantu tadbir ketika melaksanakan proses penambahbaikan
skim perkhidmatan bulan lalu menyebabkan kebanyakan kakitangan mula mengeluh
terutamanya Gred N yang tidak disentuh langsung.
“Kami tidak menentang tetapi lebih
kepada mengharapkan JPA sebagai sebuah institusi yang boleh mengubah nasib
kira-kira 100,000 kakitangan pembantu tadbir sedia ada,” katanya dalam sidang
akhbar penggubalan semula skim perkhidmatan di bawah Gred N, W dan S, di sini
hari ini.
Yang turut hadir, 10 presiden
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersama-sama memperjuangkan hak ahli masing-masing
dengan membuat perbincangan penggubalan kertas cadangan penambahbaikan Skim
Perkhidmatan PT (P/O), W dan S bagi sesi kedua.
Antara NGO yang turut serta termasuk
Gabungan Kesatuan Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS),
Kesatuan Pembantu Tadbir Kementerian Kesihatan (Keptakes), Kesatuan Kakitangan
Am Universiti Sains Malaysia (KKAUSM), Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM)
dan Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya (KKAUM).
Empat lagi NGO terlibat ialah
Kesatuan Pegawai-Pegawai Mara (Kekam Mara), Kesatuan Staf Pelaksana Universiti
Malaysia Kelantan (Kespumk), Kesatuan Kakitangan Perkhidatan Tadbir dan Awam
Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (Pacsu), Kesatuan Pekerja-Pekerja Awam
Angkatan Tentera Malaysia (Kesatria) dan Kesatuan Kakitangan Universiti Utara
Malaysia (Keswa).
Terdahulu, JPA telah menyempurnakan
proses penambahbaikan 252 skim perkhidmatan sedia ada di bawah langkah
rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan dan telah
dimuat naik ke laman sesawang JPA pada 14 April lalu.
Tambah Che Saad, antara tiga
intipati yang akan disenaraikan dalam kertas cadangan kepada JPA adalah pindaan
gred, pindaan nama serta cadangan mewujudkan gred baharu khas untuk penyandang
(KUP) jawatan tertentu.
Sementara itu, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ketika dihubungi berkata,
pihaknya telah dimaklumkan tentang kertas cadangan daripada Keptan ketika
membuat perjumpaan dengan kesatuan itu pada 13 April lalu.
“Namun sehingga kini saya belum
menerima kertas cadangan tersebut tetapi saya akan mengkaji kesemua cadangan
yang dikemukakan sebaik sahaja menerimanya daripada Keptan dan 10 NGO lain,”
katanya.
KUALA
LUMPUR 2 Mei – Kesatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Rendah
(Pendidikan) Semenanjung Malaysia (Keptan) mahu Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) mengkaji semula skim perkhidmatan di bawah Gred N, W dan S
yang dilihat tidak memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 pembantu
tadbir.
Presidennya, Che Saad Hashim berkata,
pihaknya akan memperjuangkan nasib dan hak ahlinya melalui serahan
kertas cadangan yang mengandungi saranan meletakkan nilai tambah dalam
Pekeliling Skim Perkhidmatan Bil. 1/2016.
“Saya
melihat JPA seolah-olah meminggirkan bidang pembantu tadbir ketika
melaksanakan proses penambahbaikan skim perkhidmatan bulan lalu
menyebabkan kebanyakan kakitangan mula mengeluh terutamanya Gred N yang
tidak disentuh langsung.
“Kami tidak
menentang tetapi lebih kepada mengharapkan JPA sebagai sebuah institusi
yang boleh mengubah nasib kira-kira 100,000 kakitangan pembantu tadbir
sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar penggubalan semula skim
perkhidmatan di bawah Gred N, W dan S, di sini hari ini.
Yang
turut hadir, 10 presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
bersama-sama memperjuangkan hak ahli masing-masing dengan membuat
perbincangan penggubalan kertas cadangan penambahbaikan Skim
Perkhidmatan PT (P/O), W dan S bagi sesi kedua.
Antara
NGO yang turut serta termasuk Gabungan Kesatuan Perkhidmatan Kerani dan
Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS), Kesatuan Pembantu Tadbir Kementerian
Kesihatan (Keptakes), Kesatuan Kakitangan Am Universiti Sains Malaysia
(KKAUSM), Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM) dan Kesatuan
Kakitangan Am Universiti Malaya (KKAUM).
Empat
lagi NGO terlibat ialah Kesatuan Pegawai-Pegawai Mara (Kekam Mara),
Kesatuan Staf Pelaksana Universiti Malaysia Kelantan (Kespumk), Kesatuan
Kakitangan Perkhidatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung
Malaysia (Pacsu), Kesatuan Pekerja-Pekerja Awam Angkatan Tentera
Malaysia (Kesatria) dan Kesatuan Kakitangan Universiti Utara Malaysia
(Keswa).
Terdahulu, JPA telah menyempurnakan
proses penambahbaikan 252 skim perkhidmatan sedia ada di bawah langkah
rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan dan
telah dimuat naik ke laman sesawang JPA pada 14 April lalu.
Tambah
Che Saad, antara tiga intipati yang akan disenaraikan dalam kertas
cadangan kepada JPA adalah pindaan gred, pindaan nama serta cadangan
mewujudkan gred baharu khas untuk penyandang (KUP) jawatan tertentu.
Sementara
itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
ketika dihubungi berkata, pihaknya telah dimaklumkan tentang kertas
cadangan daripada Keptan ketika membuat perjumpaan dengan kesatuan itu
pada 13 April lalu.
“Namun
sehingga kini saya belum menerima kertas cadangan tersebut tetapi saya
akan mengkaji kesemua cadangan yang dikemukakan sebaik sahaja
menerimanya daripada Keptan dan 10 NGO lain,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tambah-baik-skim-pembantu-tadbir-awam-1.307594#sthash.TVlJ7by1.dpuf