Tahniah diucapkan kepada Cuepacs kerana satu lagi tuntutan yang sudah lama diminta oleh kakitangan awam telah diluluskan oleh Perdana Menteri dalam pengumumannya ketika sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo pada 1 Mei 2015.
Sebelum ini Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian hanyalah kepada suami / isteri / anak / ibu / bapa sahaja. Kini ia diperluaskan lagi kepada ibu bapa mentua, ibu bapa angkat dan anak angkat. Walaubagaimanapun ini sebenarnya sudah memadai untuk waris terdekat.
Saya pada mulanya menjangkakan perluasan ini juga diluaskan kepada datuk kandung. Namun ini tidak berlaku. Mungkin pada masa-masa akan datang apabila datangnya keperluan serta kepentingan bagi kakitangan awam maka permintaan ini boleh diusulkan.
Saya secara peribadi sudah lama mahukan perluasan cuti ini diperluaskan kepada datuk kandung selain dari waris yang dinyatakan di atas. Pada saya datuk juga ada nilai kekeluargaan yang rapat. Mungkin seandainya datuk kandung ini dimasukkan dalam senarai waris di atas ini akan memperlengkapkan lagi cuti ini.
Syabas sekali lagi saya ucapkan kepada Cuepacs kerana menjadi medium suara kakitangan awam. Mungkin banyak lagi isu-isu yang belum diputuskan diperingkat kerajaan namun untuk kali ini saya memberi kredit kepada Cuepacs.