MAKLUMAN

Senarai Keputusan Pemilihan Jawatankuasa KEPTAN Cawangan Temerloh Bagi Sesi 2016 - 2018.' '' '' ' Pengerusi: En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (SMK Temerloh) Timbalan Pengerusi: En. Ideris bin Jalor (SMK Seri Semantan) Naib Pengerusi Lelaki: En. Mohamad Sabri bin Haji Yusof (SJK (T) Ladang Bee Yong) Naib Pengerusi Wanita: Pn. Sauyah binti Md Sood (SJK (C) Mentakab 1) Setiausaha: Pn. Mahirah binti Mohd Ayub (Kolej Vokasional Temerloh) Penolong Setiausaha: Pn. Dahlya binti Duhim (SK Bolok) Bendahari: Pn. Noor Lizah binti Yusof (SMK Kerdau) Ahli Jawatankuasa: 1. En. Amin Adabi bin Sulaiman (Pej. Pend. Daerah Temerloh) 2. Pn. Zakiah binti Sallam (SK Bandar Mentakab) 3. Pn. Mazni binti Abdul Aziz (SK Abu Bakar) 4. Pn. Norazizah binti Mohd Aziz (SMK Abu Bakar) 5. En. Abdul Hassan bin Shuada (SK Kuala Kaung)' '' '' ' 5 orang Perwakilan yang akan mewakili KEPTAN Cawangan Temerloh ke Persidangan KEPTAN Semenanjung Malaysia 2017. 1. En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (SMK Temerloh) 2. Pn. Sauyah binti Md Sood (SJK (C) Mentakab 1) 3. Pn. Dahlya binti Duhim (SK Bolok) 4. Pn. Zakiah binti Sallam (SK Bandar Mentakab) 5. Pn. Mazni binti Abdul Aziz (SK Abu Bakar)

Tuesday, February 20, 2018

HEBAHAN MAKLUMAT DARI SUA KEPTAN : NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN KEPTAN SEMENANJUNG MALAYSIA BAGI TAHUN 2018 DAN PROSES UNDI SULIT USUL-USUL YANG TELAH DILULUSKAN PERSIDANGAN PERWAKILAN KEBANGSAAN KEPTAN SEMENANJUNG MALAYSIA KALI KE 22 (TAHUN 2017)


[Hebahan maklumat dari SUA KEPTAN]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Negaraku Malaysia,

Semua Ahli KEPTAN Semenanjung Malaysia
Semua Ketua Pembantu Tadbir / Pembantu Tadbir
Kementerian Pendidikan Malaysia

Melalui;

Setiausaha Cawangan
KEPTAN Semenanjung Malaysia

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN KEPTAN SEMENANJUNG MALAYSIA BAGI TAHUN 2018 DAN PROSES UNDI SULIT USUL-USUL YANG TELAH DILULUSKAN PERSIDANGAN PERWAKILAN KEBANGSAAN KEPTAN SEMENANJUNG MALAYSIA KALI KE 22 (TAHUN 2017)

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas.

2.     Seperti mana tuan/puan sedia maklum, Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia [KEPTAN] hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) dan memilih Jawatankuasa Cawangan dan Pegawai Kanan Kesatuan (EXCO) secara dwitahunan, manakala pemilihan wakil cawangan ke Persidangan Perwakilan Kebangsaan KEPTAN semenanjung Malaysia adalah setiap tahun.

3.       Sehubungan dengan itu, tuan/puan selaku ahli KEPTAN Cawangan hendaklah berhubung dengan Setiausaha Cawangan masing-masing bagi menyemak status keahlian dan kelayakan sebagai ahli berhak bagi maksud yang tersebut di atas. Bersama-sama ini disertakan Notis MAT dan Proses Undi Sulit untuk tindakan Setiauasaha Cawangan dan makluman semua. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pihak Ibu Pejabat KEPTAN Pusat (waktu pejabat sahaja). Sila kemaskini maklumat tempat bertugas terkini ahli dengan Setiausaha Cawangan bagi memudahkan urusan Kesatuan. Pihak KEPTAN juga mengalu-alukan semua Ketua Pembantu Tadbir / Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Ketua Pembantu Tadbir / Pembantu Tadbir (Kewangan) yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (bahagian, ipg, jpn, ppd, kolej, dan sekolah) dan belum menjadi ahli kEPTAN agar berbuat demikian dengan segera.

4.       Untuk makluman tuan/puan, KEPTAN Semenanjung Malaysia adalah Kesatuan yang bergabung dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan merupakan Kesatuan keempat paling ramai keahlian (berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1994) . Wakil-wakil KEPTAN turut terlibat dalam beberapa Mesyuarat peringkat KPM/JPA/CUEPACS seperti Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia Bersama Kesatuan Bukan Guru KPM, Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK Am/Pelaksana - JPA), Mesyuarat Kongres CUEPACS, Konvensyen Tritahunan CUEPACS Kebangsaan,  Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi CUEPACS, Mesyuarat Jawatankuasa Gred Pentadbiran, Sokongan dan Sosial CUEPACS dan Mesyuarat Jawatankuasa Gred Kewangan dan Sistem Maklumat CUEPACS serta beberapa forum yang diiktiraf Kerajaan/JPA/Kementerian. Platform yang disediakan oleh pihak Kerajaan/KPM/JPA/CUEPACS ini telah memberi ruang dan peluang kepada pihak pekerja/kesatuan untuk memberi cadangan/idea/pandangan demi manfaat bersama iaitu penjawat awam dan majikan/kerajaan (organisasi).

5.       Hasil perjuangan CUEPACS dan Kesatuan Gabungan, beberapa penambahbaikan telah diluluskan oleh pihak Kerajaan baru-baru ini seperti kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh AKP (CBBPAKP), Pengwujudan Gred Baharu (Gred 28), dan Time Based kali kedua (KUP Gred 26) serta beberapa faedah lain untuk Penjawat Awam. Oleh yang demikian, amat wajar tuan/puan menganggotai Kesatuan Sekerja demi mewujudkan suasana harmoni di dalam pekerjaan dan di samping itu mendapat manfaat tabung kebajikan sebagai ahli.

Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“SEHATI SEJIWA’
“KEPTAN MAJU JAYA”

Saya yang menjalankan tugas,


AHMAD SABRI BIN ZAKARIA
Setiausaha Agung
KEPTAN Semenanjung Malaysia
No.Tel:      03-8884 6847   
Emel:        sabri.zakaria@moe.gov.my  / sabri.keptan@gmail.com

Alamat Ibu Pejabat:
KESATUAN PEMBANTU TADBIR (PENDIDIKAN) SEMENANJUNG MALAYSIA
No. 21-4-2, Jalan 3/50, Blok 2, Diamond Square
53300 KUALA LUMPUR
Tel: 03-40227031        Faks: 03-40227032
Emel:   keptanpusat@gmail.com

IKLAN PERAKUAN PEMANGKUAN PEMBANTU TADBIR GRED N28


[Hebahan maklumat dari SUA KEPTAN]

Alhamdulillah, hasil perjumpaan Jawatankuasa KEPTAN KPM dengan SUB dan Pegawai Kanan BPSM baru-baru ini, iklan baharu dikeluarkan untuk Pemangkuan Gred N28.  Syarat Lantikan Tahun 2009. Iklan sebelum ini tarikh tutup adalah pada 31 Januari 2018 dengan Syarat Lantikan Tahun 2007.









Sunday, February 18, 2018

BERITA BAIK UNTUK AHLI KEPTAN SEMENANJUNG MALAYSIA DAN BAKAL AHLI KEPTAN!!!




BERITA BAIK UNTUK AHLI KEPTAN SEMENANJUNG MALAYSIA DAN BAKAL AHLI KEPTAN!!!

KEPTAN Semenanjung Malaysia telah diberi taklimat oleh Pengurus Agensi Kumpulan Takaful Ikhlas Bhd - Tuan Sohibul Fazilah Khozali berkaitan dengan Pelan Takaful Skim Berkumpulan. Pelan Takaful ini terbuka kepada Warga KEPTAN sudah pasti tidak wajar dilepaskan!!!

KEPTAN Semenanjung Malaysia bersetuju bekerjasama dengan TAKAFUL IKHLAS (M) BHD. demi menjaga kebajikan Ahli KEPTAN. KEPTAN dan Individu akan diberi polisi khas bagi membolehkan Ahli KEPTAN mencarum serendah RM10 sebulan (melalui potongan gaji) bagi mendapat manfaat perlindungan seperti berikut:-
.
.
Jika sumbangan bulanan RM10 (tidak terhad RM10. Sila Rujuk Jadual) untuk
Manfaat Asas:
.
.
Manfaat Kematian Biasa/Penyakit
RM15,000
.
.
Kematian Kemalangan
RM30,000
.
.
Keilatan kekal Menyeluruh
RM15,000 @ Kemalangan RM30,000
.
.
Keilatan Separa Kekal
RM15,000
.
.
Perbelanjaan serta merta kes kematian
RM1000 (Ahli)
RM1000 (Pasangan)
RM500 (Anak)
.
.
Rawatan penyakit kritikal
RM15,000
.
.
Simpanan sebanyak 29.55% akan dibayar kepada pencarum setelah berumur 60 tahun ataupun telah memohon berhenti mencarum.
.
.
Dimaklumkan juga Pelan Takaful ini tidak dibuka kepada individu. Hanya Pelan Berkelompok/Berkumpulan sahaja dan KEPTAN terpilih dalam pelan ini untuk rakan kerjasama produk takaful. Borang permohonan hendaklah melalui Ibu Pejabat Keptan Pusat.
.
.
Pelaksanaan Polisi Produk ini memerlukan seramai 1K peserta. Lagi ramai lagi bagus. Walau bagaimanapun untuk peringkat permulaan selepas perbincangan antara EXCO KEPTAN dengan Pengurus Produk Takaful Ikhlas, kita memerlukan sekurang-kurangnya 300 peerta dari kalangan ahli KEPTAN.
.
.
Taklimat Berkaitan Pelan Takaful Ikhlas telah diberikan kepada EXCO & Pengerusi Perhubungan Negeri KEPTAN Semenanjung Malaysia oleh Pengurus Produk Takaful Ikhlas. Taklimat Produk ini juga akan dibuat melalui roadshow Takaful Ikhlas beesama KEPTAN Negeri.
.
.
Sila berhubung dengan EXCO/Pengerusi Perhubungan Negeri/Pengerusi Cawangan KEPTAN untuk dapatkan Borang Takaful Ikhlas - KEPTAN dan Borang Potongan Gaji Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
.
.
Sila pm alamat emel atau no whatsapp untuk penghantaran borang.
.
.
Dokumen yang diperlukan untuk penyertaan produk ini ialah sesalinan k/p dan borang takaful serta borang potongan gaji yang Takaful Ikhlas sediakan. Tidak diperlukan slip gaji hanya no gaji diperlukan.
.
.
Setelah MOU antara KEPTAN Semenanjung Malaysia ditandatangi dan Polisi Induk kepada KEPTAN diluluskan maka proses permohonan mencarum lebih mudah. Hanya beri maklumat nama penuh, no ic dan no gaji kepada Ibu Pejabat KEPTAN. Peserta akan diberi Polisi Individu.
.
.
Untuk keterangan lanjut sila klik whatsapp.my/0147123747
atau whatsapp.my/0163796921
.
.
Sekian, wassalam.
.
.
AHMAD SABRI BIN ZAKARIA
Setiausaha Agung
Merangkap Pengerusi Biro Multimedia
KEPTAN Semenanjung Malaysia
Tel. Pej: 03-40227031 /03-88849259
Emel: sabri.keptan@gmail.com
keptanpusat@gmail.com


#silashare