MAKLUMAN

Senarai Keputusan Pemilihan Jawatankuasa KEPTAN Cawangan Temerloh Bagi Sesi 2016 - 2018.' '' '' ' Pengerusi: En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (SMK Temerloh) Timbalan Pengerusi: En. Ideris bin Jalor (SMK Seri Semantan) Naib Pengerusi Lelaki: En. Mohamad Sabri bin Haji Yusof (SJK (T) Ladang Bee Yong) Naib Pengerusi Wanita: Pn. Sauyah binti Md Sood (SJK (C) Mentakab 1) Setiausaha: Pn. Mahirah binti Mohd Ayub (Kolej Vokasional Temerloh) Penolong Setiausaha: Pn. Dahlya binti Duhim (SK Bolok) Bendahari: Pn. Noor Lizah binti Yusof (SMK Kerdau) Ahli Jawatankuasa: 1. En. Amin Adabi bin Sulaiman (Pej. Pend. Daerah Temerloh) 2. Pn. Zakiah binti Sallam (SK Bandar Mentakab) 3. Pn. Mazni binti Abdul Aziz (SK Abu Bakar) 4. Pn. Norazizah binti Mohd Aziz (SMK Abu Bakar) 5. En. Abdul Hassan bin Shuada (SK Kuala Kaung)' '' '' ' 5 orang Perwakilan yang akan mewakili KEPTAN Cawangan Temerloh ke Persidangan KEPTAN Semenanjung Malaysia 2017. 1. En. Mohd Badrul bin Abdul Manaf (SMK Temerloh) 2. Pn. Sauyah binti Md Sood (SJK (C) Mentakab 1) 3. Pn. Dahlya binti Duhim (SK Bolok) 4. Pn. Zakiah binti Sallam (SK Bandar Mentakab) 5. Pn. Mazni binti Abdul Aziz (SK Abu Bakar)

Sunday, October 26, 2014

IKLAN KENAIKAN PANGKAT KPM


-1-
Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Gred DG32 hingga Gred DG54 bagi Urusan Januari hingga Disember Tahun 2013 dan Januari hingga Jun 2014 (Urusan Cicir) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula dari 13 Oktober sehingga 12 Disember 2014.

-2-
Untuk makluman, urusan kenaikan pangkat ini terbuka kepada semua PPP yang layak termasuk pegawai-pegawai yang sedang cuti belajar, cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji dan pegawai-pegawai yang dipinjamkan/tukar sementara ke agensi lain atau yang sedang mengisi jawatan kader.

-3-
Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Tahun 2013 dan 2014 (Urusan Cicir) Melalui Sistem e-Pangkat di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula dari 06 Oktober sehingga 06 Disember 2014.


Untuk maklumat lanjut klik di pautan ini:

Friday, October 24, 2014

BROSUR GST


Brosur Promosi GST yang akan bermula 1 April 2015


GST 1/4/2015


MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PPD TEMERLOH 2013


Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh akan menganjurkan Majlis APC bagi penerima APC Tahun 2013 mengikut ketetapan seperti yang berikut:


MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) BAGI TAHUN 2013
WARGA PENDIDIKAN DAERAH TEMERLOH


TARIKH:  30 OKTOBER 2014 (KHAMIS)

MASA:  1.45 PETANG

TEMPAT:  DEWAN SMK SERI SEMANTAN, MENTAKAB

PAKAIAN:  LELAKI  -  BATIK LENGAN PANJANG
PEREMPUAN  -  BATIK



TENTATIF PROGRAM


                                             1.45 PTG  -  PENDAFTARAN

                                             2.15 PTG  -  KETIBAAN JEMPUTAN

                                             2.30 PTG  -  KETIBAAN PERASMI

                                                              -  NYANYIAN LAGU NEGARAKU

                                                              -  BACAAN DOA

                                                              -  UCAPAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
                                                                  TEMERLOH

                                                              -  UCAPAN PERASMIAN

                                                              -  PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PERKHIDMATAN
                                                                 CEMERLANG

                                                              -  JAMUAN / BERSURAI


Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.

Wednesday, October 22, 2014

CUKUPKAH GAJI FRESH GRADUATE?

Gaji Fresh Graduate di Malaysia, Majoritinya RM2,500 Lebih Daripada Cukup. Setuju? Apa Respon Anda?


gaji fresh graduate
Gaji Fresh Graduate di Malaysia, Majoritinya RM2,500 Lebih Daripada Cukup : Apabila jika mahu dibuat perbandingan melibatkan pengurusan kewangan bagi kalangan yang memiliki gaji RM2,500 sebulan ia terlalu subjektif. Ada yang cukup, ada yang tidak cukup. Ini semua….
Ini semua berpandukan dan berfaktorkan kepada lokasi tempat kerja, isu inflasi, kos sara hidup semasa, lokasi kediaman, cara pengurusan kewangan dan juga sejarah dan latarbelakang hutang sebelum-sebelum ini.
Sebagai contoh ada yang mengatakan pada sekitar tahun 2002 contohnya dengan gaji permulaan RM2,700 sebulan masih dilihat banyak. Perbelanjaan boleh guna dilihat cukup.
  • Kereta iswara RM500
  • Beri ibu ayah RM300
  • Sewa rumah + bil RM350
  • Makan : RM500
  • Simpan ASB : RM700
  • Kos Minyak : Minyak harga murah pada masa itu dengan minyak yang berkualiti RON97
Itu tahun 2002, bagaimana realiti keadaan sekarang? Kami pulangkan persoalan ini semula kepada anda.
Hari ini, AKPK ingin memberikan peringatan kepada anda semua rakyat di Malaysia supaya memulakan pengurusan kewangan yang betul yang mana boleh mengelakkan anda semua kancah dan masalah “tidak cukup duit” setiap hujung bulan. Semuanya AKPK bersandar kepada angka seperti di bawah ini :
  1. Gaji permulaan anda sebagai siswazah yang baru memulakan kerja berdasarkan kajian AKPK adalah dengan pendapatan dan gaji RM2,500
  2. Dengan gaji RM2,500 AKPK merasakan cukup sebenarnya apabila pengurusan kewangan anda betul
  3. AKPK mengingatkan golongan siswazah yang baru mula kerja tidak perlu tergesa-gesa beli kereta baru kerana bukan sahaja terpaksa tanggung beban kos beli kereta baru, tetapi juga kos minyak, kos parking kereta, tol, cukai, insurans dan kos penyelenggaraan kereta sedangkan pengurusan kewangan golongan muda masih belum kukuh.
Laporan AKPK
Persoalannya yang ingin Berita Semasa kongsikan di sini, berapa ramai siswazah yang gaji permulaannya RM2,500 sebulan? Berapa ramai?
KLIK BACA SINI : Rakyat Malaysia Gaji RM5,000 Sebulan Kategori Pendapatan Tinggi di 
Malaysia? Setuju?
  1. Pernah AKPK semak kriteria yang diperlukan syarikat swasta contohnya, perlukan calon yang mempunyai lesen kenderaan dan memiliki kenderaan sendiri? Di Jobstreet Malaysia contohnya, begitu banyak syarikat yang meletakkan syarat ‘must own transports’
  2. AKPK pernah membuat tinjaun yang lebih terperinci di mana ada yang lulusan universiti contohnya hanya mendapat gaji RM2,500 dengan pengalaman sekurang-kurangnya 3-5 tahun? Pernahkah?
  3. Berapa ramai graduan universiti yang berpeluang untuk meneyrtai keluarga syarikat besar dan gergasi MNC?
  4. AKPK ada dimaklumkan ada terdapat syarikat yang menerima deretan permohonan jawatan kosong untuk jawatan kerani dengan gaji RM900 sebulan yang kebanyakannya lepasan ijazah pencapaian 3 pointer dan ke atas. Ada?

Kenaikan Gaji di Malaysia Munasabah VS Kos Sara Hidup VS Produktiviti?

Terus terang Berita Semasa ingin cakapkan, untuk pengurusan kewangan dan perbelanjaan yang terkawal dengan gaji RM2,500 cukup sebenarnya bagi yang bujang. Tetapi tidak untuk dengan status berkahwin dan berkeluarga yang mana memang hanya “cukup-cukup makan sahaja” apatah lagi yang tinggal di bandar-bandar besar di Malaysia. Dengan….
gaji fresh graduate
  • Bayar pinjaman rumah?
  • Bayar pinjaman kereta??
  • Bayar deretan bil utiliti??
  • Perbelanjaan duit dapur??
  • Belanja anak-anak??
  • Bayar tanggungan bayaran balik hutang ptptn??
  • Bayar insurans??
  • Peruntukkan duit-duit dan dana kecemasan??
  • Akhir sekali simpanan??
  • Hujung bulan……..
Ya…benar. Gaji RM1,000 sekalipun pun cukup sebenarnya jikalau diuruskan dengan baik, perbelanjaan terlalu berhemah. Tetapi salahkah untuk rakyat Malaysia sudah beberapa tahun hidup secara berhemah dan berjimat cermat inginkan dan impikan kehidupan yang lebih selesa di atas bumi yang bernama Malaysia pada masa akan datang?

Monday, October 20, 2014

MAJLIS TERTINGGI KEPTAN PUSAT SESI 2014 - 2016

YANG DIPERTUA
Klik untuk lebih jelas
CHE SAAD BIN HASHIM, PCK
TIMBALAN YANG DIPERTUA
Klik untuk lebih jelas
ABAS BIN MAT RASAT, PJK.
NAIB YANG DIPERTUA (I)
Klik untuk lebih jelas
BAKARY BIN YAAKOB
NAIB YANG DIPERTUA (II)
Klik untuk lebih jelas
ZAINAL ABIDEN BIN MD ZAIN
NAIB YANG DIPERTUA (III)
Klik untuk lebih jelas
JAMEELAH BT HUSSEIN
SETIAUSAHA
Klik untuk lebih jelas
ADNAN BIN AHMAD , PJK.
TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG
Klik untuk lebih jelas
ROHANI BINTI MOHAMAD ZAIN
BENDAHARI
Klik untuk lebih jelas
KINTAN BT HJ MAHFODZ , PPN

Friday, October 17, 2014

BONUS KAKITANGAN AWAM AKAN DIBAYAR BERSAMA GAJI JANUARI - KSN

Bernama
15/10/2014


PUTRAJAYA, 15 Okt (Bernama) -- Bonus kakitangan awam yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2015 minggu lalu akan dibayar bersama gaji Januari 2015, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata bonus berkenaan tidak boleh diawalkan atau dibayar pada tahun ini atau tahun sebelumnya.

"Bonus ini diluluskan dalam Bajet 2015. Jadi kalau kita lihat dari segi peraturan kewangan ia sepatutnya bermula (dibayar) pada 1 Jan 2015.

"Bonus akan masuk dalam gaji bulan Januari," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Ali berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Isnin supaya kerajaan membuat pembayaran bonus kepada penjawat awam pada 15 Dis, dan bukannya Januari depan.

Presiden Cuepacs Azih Musa berkata langkah itu bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekaligus meringankan beban kewangan mereka.

"Memandangkan musim baharu persekolahan bermula pada Januari, kita minta supaya bayaran bonus dibuat lebih awal iaitu pada 15 Dis untuk membantu ibu bapa menyediakan persiapan persekolahan anak-anak," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lepas, mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari.

Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.

-- BERNAMA

Thursday, October 16, 2014

Tuesday, October 14, 2014

PENJAWAT AWAM SAMBUT DINGIN BAJET 2015: ISU STRUKTUR GAJI TIDAK DIKAJI

 Malaysia Insider
OLEH SHERIDAN MAHAVERA
Published: 12 October 2014 


Bajet 2015 mengumumkan bonus separuh bulan untuk penjawat awam tetapi tiada semakan struktur gaji mereka. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2014.


Bajet 2015 mengumumkan bonus separuh bulan untuk penjawat awam tetapi tiada semakan struktur gaji mereka. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2014.
Kumpulan mewakili kesatuan penjawat awam, Cuepacs menyambut dingin pembentangan Bajet 2015 walaupun bonus diberi dan pinjaman perumahan diperluaskan.
Isu pokok, skim struktur gaji tidak disentuh sepenuhnya dalam bajet dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat lepas.

Cuepacs mewakili 70% daripada 1.5 juta penjawat awam berkata banyak permintaan mereka bagi bantuan perumahan dan kenaikan gaji tidak dipenuhi kerajaan.

Walaupun mengalu-alukan langkah seperti memperbaiki kuarters polis dan kakitangan perubatan, kebanyakan penjawat awam lebih berharap bantuan berdepan dengan kenaikan kos sara hidup mereka. "Banyak yang kami minta tidak dipenuhi," kata presiden Cuepacs, Azih Muda kepada The Malaysian Insider.

Permintaan mereka adalah supaya tempoh pembayaran pinjaman perumahan mereka dipanjangkan.
Mereka juga meminta kenaikan elaun perumahan yang ketika ini hanya RM180 sebulan, kata Azih (gambar, kiri).
"Harga minyak baru sahaja naik dan kami berharap elaun perumahan juga naik untuk menghadapinya.

"Kami kecewa tidak mendapat kenaikan elaun perumahan. Kami merayu kepada kerajaan supaya menimbang permintaan kami untuk menaikkannya," kata beliau.
Di bawah Bajet 2015, kerajaan menaikkan kelayakan minimum bagi skim pinjaman perumahan kakitangan awam daripada RM80,000 kepada RM120,000 dan had kelayakan maksimum daripada RM450,000 kepada RM600,000.

Tambahan 5,380 unit rumah dibawah skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) juga akan dibina di Bukit Jalil, Sabah dan Kedah.

Pada masa sama, kerajaan berkata akan membelanjakan RM50 juta memperbaiki kuarters askar, polis, kakitangan perubatan dan guru seluruh negara.

Yang dialu-alukan dalam Bajet 2015 adalah inisiatif bonus separuh bulan untuk penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 pada Januari. Manakala pesara akan mendapat bayaran istimewa sebanyak RM250.

Mengenai gaji, kerajaan berkata akan terus memperbaiki skim gaji perkhidmatan awam tetapi tidak akan ada semakan pada tahun depan.

Bagi Azih, pengumuman ini menyebabkan penjawat awam kecewa.
Majoriti penjawat awam - kira-kira 60% atau 630,000 diwakili Cuepacs - menerima gaji RM3,000 ke bawah sebulan.

Mereka terdiri daripada polis, askar, jururawat dan guru - yang membentuk majoriti dalam sektor penjawat awam.

Azih meragui kerajaan akan menunaikan janji menaikkan gaji melalui penambahbaikan dalam skim gaji perkhidmatan awam.

"Kerajaan berkata mereka hanya menambahbaik 81 daripada 252 skim. Tetapi daripada apa yang kami tahu, hanya enam daripada 81 itu sebenarnya dinaik taraf. Iaitu dalam bidang teknikal.

"Selebihnya (75 skim) tidak dinaik taraf atau tidak pernah ada kenaikan gaji."
Mengenai pemberian bonus setengah bulan, Azih berkata: "Kami sebenarnya meminta dua bulan". - 12 Oktober, 2014.

UCAPAN BAJET TAHUN 1999 - 2015

Berikut disenaraikan Ucapan Belanjawan dari Tahun 1999 - 2015.

1.  Ucapan Bajet 2015 klik disini

2.  Ucapan Bajet 2014 klik disini

3.  Ucapan Bajet 2013 klik disini

4.  Ucapan Bajet 2012 klik disini

5.  Ucapan Bajet 2011 klik disini

6.  Ucapan Bajet 2010 klik disini

7.  Ucapan Bajet 2009 klik disini

8.  Ucapan Bajet 2008 klik disini

9.  Ucapan Bajet 2007 klik disini 

10.  Ucapan Bajet 2006 klik disini

11.  Ucapan Bajet 2005 klik disini 

12.  Ucapan Bajet 2004 klik disini

13.  Ucapan Bajet 2003 klik disini

14.  Ucapan Bajet 2002 klik disini

15.  Ucapan Bajet 2001 klik disini

16.  Ucapan Bajet 2000 klik disini

17.  Ucapan Bajet 1999 klik disini

Friday, October 10, 2014

MOHON KURANGKAN TEMPOH TIME-BASED

Bilakah kerajaan akan memenuhi permintaan dari kesatuan agar kumpulan pelaksana dapat diberikan tempoh kenaikan pangkat secara Time-Based selama 8 tahun sahaja bersesuaian dengan kenaikan pangkat Time-Based yang dinikmati para guru sekarang.

Saya memahami bahawa perjuangan untuk mendapatkan apa yang dinikmati para guru ketika ini adalah panjang.  Walaubagaimanapun kerajaan seharusnya melihat balik kepada keadaan semasa sekarang.

Pada pandangan saya semuanya adalah hampir sama.  Tidak kasihankah kerajaan kepada golongan pelaksana ini yang mendapat gaji yang rendah.  Setidak-tidaknya dengan kenaikan pangkat ini dapat menambahkan lagi pendapatan mereka.

Kadang-kadang kasihan tengok kepada guru pelaksana ini bilamana ada yang berpencen pada gred setakat N22.  Seandainya kerajaan mengurangkan tempoh kenaikan pangkat ini, setidak-tidaknya mereka ini akan mendapat kenaikan sehingga N26 sebelum berpencen.

Saya berharap sangat pengurangan kepada 13 tahun ini dikaji lagi agar dapat dikurangkan seperti kenaikan pangkat guru.

...

INTI PATI BAJET 2015

KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat, hari ini.
 
Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat".
 
Bajet 2015 menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.
 
* Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.

* RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion

* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).

* Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)

* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.
  
* Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.

* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.

* Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.
  
* Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.

* RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.

* Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.

* Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif
bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.

* Projek infrstruktur 2015 ; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaiktaraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion).

* Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.

* Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.
      
* RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara.

* RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi

* Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals 2015'.

 * RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

* TEKUN sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera)

* Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).

* Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.
  
* Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama.
  
* Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar.
  
* Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.
  
* Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 kepada 24 peratus, manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19 peratus.


* Kerajaan memperuntukkan RM40.5 bilion untuk pelbagai subsidi pada 2014.

* Kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum dalam masa terdekat.

* RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk biayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran.

* Kerajaan akan bina 12 sekolah baharu iaitu  tujuh sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan dua sekolah berasrama penuh.
         
* RM1.2 bilion untuk program Transformasi Vakasional dan Teknik

* Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang berkaitan akan dikaji semula bagi memastikan kebajikan pekerja terus terbela.

 * Kerajaan perkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan bagi membantu golongan pekerja yang diberhentikan.

* RM600 juta diperuntukkan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat swasta mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

* RM2 bilion diperuntukkan menerusi MARA kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk tajaan pelajaran.

* Kerajaan akan mula membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 km melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 km dan Sabah (727 km) dengan kos pembinaan RM27 bilion.

* RM660 juta diperuntukkan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bagi memperkukuhkan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).

* Landasan lapangan terbang di Lahad Datu akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, Skuadron Hawk akan dipindahkan dari Butterworth ke Labuan dengan peruntukan RM50 juta.

* RM2.26 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi pembangunan dan operasi.

* Kerajaan akan wujudkan 1Malaysia Youth City dengan peruntukan RM100 juta bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

* Skim Perumahan Belia secara perkongsian pintar di antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas diumumkan.

* Mulai Januari 2015, bantuan persekolahan RM100 seorang akan disalurkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM540 juta.

* RM6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan.

* RM23.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat seperti membina Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak, menambah 30 Klinik 1Malaysia, mengganti 635 unit mesin hemodialisis di hospital dan klinik kerajaan.

* RM1.2 bilion bantuan kewangan disediakan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) .

* RM117 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.

* 80,000 unit rumah PR1MA dibina dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion.

* Membina 26,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM644 juta.

* Membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah persendirian.

* RM4.5 bilion diperuntukkan bagi menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.

* Kerajaan akan menyediakan National Water Blueprint bagi memastikan kelangsungan bekalan air di seluruh negara untuk jangka panjang.

* RM17.7 bilion diperuntukkan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (RM9.1 bilion) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia sebanyak  RM804 juta bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara.

* Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditingkatkan daripada RM650 kepada RM950 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

* Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, bantuan BR1M akan ditingkatkan daripada RM450 kepada RM750.

* Pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 dan akan dibayar pada bulan Januari 2015, pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.- Bernama